Thursday, December 28, 2017

Banda Aceh Pt 4 - Taman Sari Gunongan | Pantai Kuala Leupung | Masjid Rahmatullah

Hari ini kami nak ke beberapa tempat lagi. Kalau nak diikutkan semua tempat boleh di lawati untuk tempoh 3H2M saja, tapi kami tak nak terkejar-kejar. Pak Din jadi supir kami hari ini kerana Muchsin kurang sihat. Pak Din ni punya kisah tragisnya sendiri masa tsunami yang lalu. Isteri dan tiga orang anaknya terkorban dihanyutkan ombak tsunami. Pak Din terselamat kerana pada waktu itu dia berada di airport. Dia sudah berkahwin lagi dan punya tiga orang anak yang sedang membesar.

Lokasi pertama yang dibawanya ialah ke Taman Sari Gunongan.

Taman Sari Gunongan.


Baru siap di cat semula.

Tidak dibenarkan masuk dan naik ke kawasan atas.

Info yang menerangkan tempat ini.

Kandang terletak di sebelahnya digunakan sebagai tempat bersenang-senang.

Lagi info mengenai tempat ini.

Gunongan dan Kandang.

Seterusnya kami ke Pantai Kuala Leupung yang terletak lebih kurang 20 km dari Banda Aceh. Sebenarnya ada banyak pantai yang cantik di sepanjang jalan ini tapi Pak Din bawa kami ke pantai Kuala Leupung kerana pantai ini agak baru dimajukan dan ada banyak props disediakan untuk berfoto.

Jalan agak lengang d luar Banda Aceh.

Tiket masuk untuk ke pantai Rp20K seorang.

Ada tasek selari dengan pantai dan jambatan disediakan sebagai laluan untuk ke sana.










Dalam perjalanan balik semula ke Banda Aceh kami singgah di Lampuuk, Aceh Besar untuk ke satu lagi masjid yang masih berdiri kukuh semasa dilanda tsunami sedangkan hampir keseluruhan rumah yang ada di sekitarnya habis ranap. 

Kilang simen yang agak besar.

Bentuk jambatan yang agak tipikal d Indonesia.

Masjid Rahmatullah yang mendapat bantuan dari pemerintah Turki dalam kerja baikpulihnya.

Kedudukannya kira-kira 500 meter dari pantai.

Satu-satunya binaan yang masih berdiri kukuh di kawasan itu semasa tsunami.

Kesan runtuhan di sudut sebelah kiri masjid yang dibiarkan sebagai tanda ingatan kepada peristiwa tsunami 2004.

Singgah makan di Restoran Wong Solo sebelum balik ke hotel.

Petangnya memang dah tak ada apa-apa program lagi. Kebetulan hujan hingga ke malam. Jadi dapatlah kami berehat lebih panjang. Tapi malamnya terpaksa keluar juga untuk makan. Nasib baik pihak hotel ada menyediakan payung. Susah untuk mencari restoran yang agak baik berhampiran hotel penginapan kami. Singgah di warung yang agak nampak bersih sikit tapi tak makan di situ pun. Tapau saja dan makan di bilik. Sebelum tidur terpaksa berkemas dulu kerana penerbangan balik esoknya agak awal pagi.

Masjid yang disambungkan terus ke airport.

Ramai jemaan umrah yang akan transit di Klia2.

Selamat tinggal Banda Aceh. 

14 comments:

  1. berapa lah usia puteri Pahang tu ye..siap ada tempat bermain lg - gunongan & kandang..main sorok-sorok dgn dayang2 kot...

    cantik props kt pantai tu...mmg menarik utk photoshoot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas yakamat tempat tu... rasa macam tak sesuai untuk tempat bersenang-senang...hehe

      Tapi prop kat pantai tu macam tak dapat bertahan lama...

      Delete
  2. Replies
    1. Saya pun teringin nak ke sana tapi aritu tak bawa budak-budak jadi cuma ronda Banda Aceh je...

      Delete
  3. Cantik dan bersih la taman tu... dah la smua putih..lagi nampak bersih... bagus ya..ada masjid terus di sambung ke airport.. bila baca post2 PLM ni, makin rasa nak ke sana..padahal dulu, x minat rasa nak ke banda acheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya macam tu lah Fari... kena skodeng tempat2 menarik dari blog orang...

      Delete
  4. Salam owner blog Tuan Mie.
    Mohon update blog list tuan dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah masukkan blog tuan dalam blog list saya di Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
  5. cantik binaan bangunan2 disana. sedihnyaa Pak Din dan cabarannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senibina lama biasanya memang cantik... Sudah suratan takdir PakDin...

      Delete
  6. Replies
    1. Kami supir yang hantar... kebetulan dia free pagi tu....

      Delete
  7. kt sane lelaki pon xleh pakai seluar pendek yer?.....

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...