Thursday, July 13, 2017

Turkey Day 5 - Cappadocia

Hari ini adalah hari lawatan sepenuhnya di Cappadocia. Aktiviti yang paling membuatkan kita teruja di sini ialah menaiki belon udara panas. Tapi kami sudah diberitahu pada sebelah malamnya aktiviti itu tidak dapat dijalankan disebabkan cuaca yang diramalkan tidak berapa baik untuk keesokan harinya. Pihak pemerintah Turkey amat menitikberatkan soal keselamatan kerana kerap berlaku kemalangan sejak akhir-akhir ini. Kalau dulu pihak operator yang akan membuat keputusan sama ada boleh diadakan atau tidak tapi kini ditentukan oleh pemerintah mungkin melalui jabatan kaji cuacanya. Terpaksalah tunggu untuk keadaan cuaca pada esok harinya.

Hotel Suhan Cappadocia di pagi hari.

Untuk trip Turkey ini kita memang tidak akan singgah di mana-mana bandar cuma untuk menukar duit ke Lira. Jadi pandai-pandailah rancang supaya tidak kehabisan Lira.  Tapi yang bagusnya di hotel ini ada disediakan mesin untuk menukar wang ke Lira. Wang yang diterima ialah US Dollar, British Pound dan Euro Dollar. Kalau ikut itinerary, Cappadocia ini terletak di tengah perjalanan keseluruhannya. Kiranya lokasi terbaik untuk menambah stok lira.

ATM untuk pertukaran wang.

Disebabkan aktiviti belon udara panas dibatalkan jadi trip pagi ini dimulakan agak lawat sikit. Lawatan pertama ialah  ke pusat carpet tradisi buatan tangan. Lawatan ini adalah lawatan wajib yang diarahkan oleh pemerintah seperti juga pakej lawatan ke China. Oleh kerana carpetnya buatan tangan jadi harga setiap satunya memang ribu riban mahalnya. Harga ditentukan oleh kualiti dan jangka masa pembuatannya. Ada yang mengambil masa hingga ke setahun untuk menyiapkan sehelai carpet yang agak kompleks coraknya. Jika kita membeli di sini, urusan penghantaran akan diuruskan sepenuhnya oleh mereka. Boleh juga bayar secara kredit. Penat saja diaorang promosi kat rombongan kami kerana tak ada seorang pun yang membelinya.

Pusat carpet tradisi buatan tangan.

Semua carpet ini harganya lebih seribu ringgit.

Rafiq yang mesra alam.

Sesi mencuba kelembutan carpet di sini.

Kedai cenderamata di bahagian luar.

Keluar dari pusat carpet hari dah mulai hujan. Hujan hari ini agak memanjang hingga membawa ke petang. Agak kurang lancar trip hari ini walaupun hujannya tidak lebat. Tempat-tempat yang dibawa untuk lawatan kebanyakannya tempat yang mempunyai kedai menjual cenderamata. Jadi berteduh sambil shopping sekali. Banyak masa dihabiskan dalam kedai. Foto-foto di bawah ini pun kebanyakannya diambil dari dalam kedai. 












Seterusnya kami dibawa ke kawasan rumah-rumah yang dibina di dalam batu.  Tapi rumah yang kami masuk adalah rumah yang terletak di bawah tanah. Rumah ini sudah tidak diduduki dan di baikpulih untuk lawatan pelancung. Lampu-lampu dipasang untuk menerangi setiap ruang. Tapi bagi mereka yang ada masalah pernafasan akan merasa agak tidak selesa di bawah sana.

Rumah dalam batu di atas permukaan.
Laluan masuk ke rumah di bawah tanah.
Bahagian dalamnya.
Lubang pengudaraan.
Ada yang dijadikan hotel.
Makan tengah hari dan solat di restoran ini.
Cherry blossom versi Turkey berhampiran restoran.
Lain-lain formasi batuan yang terdapat di sini.


Fairy chimney.

Fairy Chimney Valley.



Camel rock.

Banyak model belon udara panas dijual di sini.

12 comments:

  1. cantik Fairy Chimney...tengok hotel batu dlm drama Manisnya Cinta..
    ala-ala the Flinstone..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi cantik kalau cuaca cerah pada hari tu...

      Delete
  2. Cantik karpet-karpet tu semua tapi kena pandai pilih la. Saya cadang kalau nak beli karpet atau kilim, elok beli yang dari Konya (tu pun pesan orang sana juga).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Konya jauh dari Istanbul kalau sesaja nak beli karpet memang tak la...

      Delete
  3. Uniknya Fairy Chimney tu.

    Cantik corak karpet tu. Buatan tangan pastilah mahal. Berat karpet tu mungkin membuatkan harga pos lebih tinggi dari harga karpet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan mukabumi di Cappadocia memang unik sangat...

      Tapi kesian diaorang penat2 promo tak ada yang membelinya...

      Delete
  4. Mahal karpet Turki itu Pak Mie. Apa bedanya kualitas dengan karpet di sini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat mahal mungin sebab corak yang rumit dan dibuat dari bahan yang berkualiti...

      Delete
  5. hehe karpet depa tngk kualiti kena ngan harga.. ada orang yang btol2 minat kan so tak kisah brapa ribu raban pun.. hehe tapi takpela.. rumah CT karpet pun huurm.. biasa2 je ngeh3..

    sayangnya nk naik belon panas.. kena pergi lagi tu PLM hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengulang lagi memang takla kot CT...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...