Wednesday, January 4, 2017

KIa Ora North Island New Zealand Pt 9 - Wai-O-Tapu Thermal Wonderland

Di sekitar Rotorua ini terdapat beberapa kawasan geothermal yang aktif. Antara yang paling menarik dan popular ialah Wai-o-Tapu Thermal Wonderland yang terletak 27 km di selatan Rotorua. Kawasan geothermal ini merupakan yang paling berwarna-warni berbanding yang lain.

Tempat jualan tiket. Tiada kawasan parking. Berhenti sekejap untuk beli tiket dan bergerak ke kawasan parking 200 m dari sini.

Kawasan parking.

Menapak semula untuk masuk ke kawasan geothermal.

Tiket untuk dewasa NZ$32.50. Dibuka mulai jam 8.30 pagi.

Peta kedudukan mud pool, 2 km dari tempat kaunter jualan tiket.

Peta keseluruhan kawasan geothermal yang menunjukkan laluan dan anggaran masa yang di ambil sepusingan.

Selain kawasan geothermal ini ada satu lagi tarikan di sini iaitu Lady Knox Geyser yang terletak berasingan. Perlu memandu untuk ke sana. Tiket yang sama digunakan untuk memasuki kawasan itu. Pertunjukan dimulakan pada jam 10.15 pagi. Untuk tidak terkejar-kejar di kawasan geothermal, dicadangkan pergi ke kawasan Lady Knox Geyser selepas membeli tiket. Anggaran sampai di kaunter tiket pada jam 9.30 pagi. Selepas pertunjukan di sana barulah boleh berlama-lama sikit di kawasan geothermal kerana kawasannya agak luas.

Kami tersilap strategi hari itu. Sampai agak awal, terus beli tiket dan masuk ke kawasan geothermal. Tak sempat nak sampai ke laluan berwarna kuning kerana nak mengejarkan masa pertunjukan di Lady Knox Geyser. Selepas selesai pertunjukan memang malas nak mengulang lagi di kawasan geothermal tu.











Warna-warna yang berbeza menunjukkan kandungan bahan yang berbeza juga.








Kepanasan airnya mencecah 100 darjah Celcius.







Laluan ke kawasan Lady Knox Geyser.

Agak ramai pengunjung pada hari itu.


Pengacaranya orang Maori. Diakhir penerangan, satu bahan dimasukan ke dalam lubang untuk mengaktifkan geyser.



Pertunjukan ini cuma diadakan sekali saja dalam sehari iaitu pada jam 10.15 pagi.

12 comments:

  1. Replies
    1. Kurang baunya sebab macam tak berapa ada belerang sangat...

      Delete
  2. tahap didih...takleh le nak rendam2 kaki..

    ReplyDelete
  3. waaah PLM x terkejar CT nak baca cerita PLM ni da ke NZ pula hehe.. tapi terima kasih x lupakan CT dah sampai dah poskadnya hehe.. bila nak sampai NZ tak tahula hehe..

    Happy New Year PLM.. semoga murah rezeki sihat ceria selalu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Selamat Tahun Baru juga buat CT... moga tabah menjalani kehidupan tanpa yang dikasihi di sisi...

      Delete
  4. besarnyaaa tempat tu.. mengah juga nak cover hahaha.. tapi kalo tak cover rugilah kan dan sampai tempatnya.. hehe.. tu celup jari tu memang mintak jari lebur hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang luas tapi kalau tak mahu terkejar2 pergi dulu ke tempat Geyser... pastu boleh ikut pace sendiri ronda kawasan geothermal tu.

      Delete
  5. woowoow giler best..

    nak kena masuk list jugak ke ni eh???? umphhh sayang kalu tak masukkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak best juga tapi kena rancang masa betul2 supaya dapat cover semua kawasan geothermal tu...

      Delete
  6. Warna air hijau itu sungguh unik. Tahap didih...Kalau terkena kulit tentu melecur kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna berbeza menunjukkan kandungan bahan kimia yang berlainan... kepanasannya juga berbeza...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...