Thursday, December 28, 2017

Banda Aceh Pt 4 - Taman Sari Gunongan | Pantai Kuala Leupung | Masjid Rahmatullah

Hari ini kami nak ke beberapa tempat lagi. Kalau nak diikutkan semua tempat boleh di lawati untuk tempoh 3H2M saja, tapi kami tak nak terkejar-kejar. Pak Din jadi supir kami hari ini kerana Muchsin kurang sihat. Pak Din ni punya kisah tragisnya sendiri masa tsunami yang lalu. Isteri dan tiga orang anaknya terkorban dihanyutkan ombak tsunami. Pak Din terselamat kerana pada waktu itu dia berada di airport. Dia sudah berkahwin lagi dan punya tiga orang anak yang sedang membesar.

Lokasi pertama yang dibawanya ialah ke Taman Sari Gunongan.

Taman Sari Gunongan.

Thursday, December 14, 2017

Banda Aceh Pt 3 - Kubah hanyut | Rumah Cut Nyak Dhien | Kilometer kosong Banda Aceh.

Selesai makan di Restoran Hasan 3 kami minta supir hantar balik ke hotel dulu. Jam tiga petang kami keluar semula. Tak banyak tempat untuk dilawat untuk sesi petang ini. Salah satu tempat yang kami pergi ialah kubah yang dihanyutkan tsunami yang terletak di Desa Gurah. Lokasinya agak terkeluar sikit dari Banda Aceh. Mengikut maklumat, kubah ini telah dihanyutkan sejauh 2.5 km dari tempat asalnya. Ada beberapa orang yang terselamat pada ketika itu kerana dapat berpaut pada kubah ini.

Kubah seberat 80 tan.

Thursday, November 23, 2017

Banda Aceh Pt 2 - Kesan-kesan tinggalan Tsunami | Muzium

Hari kedua di Banda Aceh barulah kami menggnakan khidmat supir. Tempat-tempat yang hendak dilawati berserakan kedudukannya, kalau nak pergi sendiri memang agak susah sikit. Dapat no hp dia melalui blog tapi lupa yang mana satu. Orangnya beriformatif, menepati waktu dan sabar melayani kerenah kita. Baik punya promo kan Muchsin... hehe

Persinggahan pertama pagi itu ialah di Masjid Baiturrahim.

Satu-satunya bangunan yang masih berdiri kukuh selepas tsunami melanda.

Thursday, November 9, 2017

Banda Aceh Pt 1 - Masjid Baiturrahman

Lepas balik dari Phuket, rasanya macam lama pulak lagi nak menunggu trip seterusnya pada Januari tahun depan. Macam biasa kita belek-beleklah wesite AA tu. Akhirnya dapat menyambar tiket untuk ke Banda Aceh dengan harga RM150 return seorang. Pergi pun dua orang dengan OR saja. Untuk ke Banda Aceh ni kitorang tak menyeberang ke Pulau Weh kerana baru saja bermandi-manda sakan di Phiphi Island. 

Banyak flight pagi di Terminal domestik.

Wednesday, October 25, 2017

Phuket Pt 5 - Banzaan night market

Sampai di hotel hampir jam enam petang. Selesai semua kewajipan kami membuta dulu sebab malamnya kami nak ke Banzaan night market yang terletak bersebelahan dengan Banzaan fresh market. Kami nak cari makanan untuk makan malam. Lokasinya ialah di Sai Kor Road iaitu di belakang Jungceylon Shopping Mall. Jaraknya lebih kurang 500m dari hotel penginapan kami.

Keadaan jalan yang agak basah dan berlopak.

Thursday, October 19, 2017

Phuket Pt 4 - Trip ke Phiphi Island

Hari ketiga di Phuket adalah hari untuk ke Phiphi Island. Boleh dikatakan mengambil masa seharian jugalah untuk join trip ini. Pagi itu hujan juga tapi tak berpanjangan. Pemandu ambil kami di hotel pada jam lapan pagi dan bergerak ke Rassada Pier yang mengambl masa hampir sejam termasuk mengambil penumpang yang lain. Untuk trip ke Phiphi Island ini ada beberapa pilihan sama ada nak menggunakan bot laju atau bot besar terpulang kepada destinasi yang kita nak pergi. Pakej bot laju boleh singgah di beberapa tempat seperti Maya Bay dan lain-lain pantai. Bot besar hanya akan ke Phiphi Island saja. Boleh juga kalau ingin ke tempat-tempat lain tapi terpaksa ambil bot lain di jeti. Kami ambil bot besar saja kerana malas nak singgah di mana-mana. Lagipun di Phiphi Island juga ada pantai yang cantik.

Asean Cruise yang boleh memuatkan lebih daripada 100 penumpang.

Thursday, October 5, 2017

Phuket Pt 3 - Half Day City Tour

Ada banyak pakej setengah hari yag boleh kita ambil untuk melawat sekitar Pulau Phuket. Ada bermacam kombinasi lokasi yang boleh dipilih. Tapi dalam semua pakej yang ditawarkan, ada pergi ke tempat ritual dia orang. Semacam tempat lawatan wajiblah kiranya. Jadi di tempat yang kami kurang minat, kami tunggu saja di kawasan letak kenderaan. Tapi itu semua terpulanglah kepada citarasa masing-masig.

Untuk pergerakan, biasanya akan menggunakan van yang boleh memuatkan hingga dua belas orang penumpang. Kami ambil pakej sebelah petang yang bermula dari jam dua.

 Destinasi pertama, Karon View Point yang terletak hampir di selatan Pulau Puket.

Thursday, September 21, 2017

Phuket Pt 2 - Patong Beach | Masjid Patong

Awal pagi dimulai dengan hujan. Tidak begitu lebat tapi memanjang hingga jam sepuluh pagi. Masa dah tinggal renyai-renyai kami keluar dan mula meronda. Tujuannya ialah ke Patong Beach yang terletak kira-kira dua ratus meter saja dari hotel penginapan kami.

Bukti kami dah sampai Patong Beach.

Wednesday, September 13, 2017

Phuket Pt 1 - Trip Musim Hujan

Trip singkat ke Phuket ini memang tidak dirancang sangat. Nampak ada tiket murah terus saja beli. Penerbangannya di sebelah petang dan sampai di Phuket International Airport pun dah lewat petang. Nasib baik waktu di sana lewat satu jam dari tempat kita. Seminggu sebelum ke Phuket ada kawan yang ke sana beritahu masa ini adalah musim hujan. Cuma sebelah petang cuaca agak baik. Betul apa yang dikatakannya, memang hujan agak lebat pada setiap pagi sehingga pada hari terakhir kami nak balik banjir lebih sekaki dalamnya di hadapan hotel penginapan kami.

Phuket International Airport nampak baru dan agak besar bangunannya.

Tuesday, September 5, 2017

Turkey Day 8 - Hari Tarakhir di Istanbul

Hari ini memang dah tak ada apa-apa program selain berkemas untuk balik ke pangkal jalan. Terasa macam sekejap pulak trip ni sebab asyik berpindah-randah macam nomad. Lain kali kalau nak ke Turkey ni mungkin hanya ke Istanbul dan kawasan yang berhampiran saja.
 
Breakfast di hotel. Banyak kami makan pagi itu.

Thursday, August 24, 2017

Turkey Day 7 Pt 2 - Tulip Garden | Grand Bazaar | Taksim Square

Selesai makan tengah hari kami di bawa ke lokasi seterusnya iaitu sebuah taman bunga tulip. Kedudukannya tidak jauh dari jeti. Tiada bayaran masuk dikenakan. Ada bermacam-macam warna dan semuanya sedang cantik berkembang.

Friday, August 11, 2017

Turkey Day 7 Pt 1 - Bosphorus Cruise

Hari ini cuaca agak baik. Begitulah diharapkan kerana hari ini ada trip Bosphorus Cruise.  Kalau hujan rasanya kurang untuk dapat menikmati pemandangan dan mengambil foto. Ada beberapa tourist bus lain yang singgah di hotel ini tapi bas kami juga yang paling lambat bergerak. Ramai senior citizen ada dalam trip ini. Jadi kita ikut cara kita sendiri.
 

Wednesday, July 26, 2017

Turkey Day 6 - Cappadocia ke Ankara dan Bolu

Hari ini operasi belon udara panas masih lagi tidak dibenarkan. Jadi walaupun dua hari kami berhenti di Cappadocia nasib masih tak menyebelahi kami. Untuk mengulang lagi ke sini memang tidaklah. Setakat nak naik belon udara panas di Putrajaya pun ada pada setiap tahun. Cuma pemandangannya agak nerbeza.
 
Bas sudah bersiap di hadapan hotel untuk perjalanan keluar dari Cappadocia.

Thursday, July 13, 2017

Turkey Day 5 - Cappadocia

Hari ini adalah hari lawatan sepenuhnya di Cappadocia. Aktiviti yang paling membuatkan kita teruja di sini ialah menaiki belon udara panas. Tapi kami sudah diberitahu pada sebelah malamnya aktiviti itu tidak dapat dijalankan disebabkan cuaca yang diramalkan tidak berapa baik untuk keesokan harinya. Pihak pemerintah Turkey amat menitikberatkan soal keselamatan kerana kerap berlaku kemalangan sejak akhir-akhir ini. Kalau dulu pihak operator yang akan membuat keputusan sama ada boleh diadakan atau tidak tapi kini ditentukan oleh pemerintah mungkin melalui jabatan kaji cuacanya. Terpaksalah tunggu untuk keadaan cuaca pada esok harinya.

Hotel Suhan Cappadocia di pagi hari.

Tuesday, June 20, 2017

Turkey Day 4 - Pamukkale ke Konya dan Cappadocia

Hari ini adalah hari yang paling lama menempuh perjalanan. Jarak dari Pamukkale ke Cappadocia ialah hampir 650 kilometer dan mengambil masa lebih tujuh jam. Jadi kena keluar dari hotel agak awal sikit. Bas berhenti di bandar Konya untuk ke Muzium Mevlana Jalaluddin Rumi iaitu pengasas tarian whirling derwish atau tarian sufi sebelum sampai di Cappadocia. Masa banyak dihabiskan dalam perjalanan jadi tak banyak tempat lawatan pada hari ini. Cuaca pun tidak begitu cerah.

 Pemandangan di hadapan Collossae Therm Hotel, Pamukkale.

Thursday, June 15, 2017

Turkey Day 3 - Kusadasi ke Pamukkale

Jarak perjalanan untuk hari ini untuk ke tempat bermalam seterusnya di Pamukkale adalah yang paling dekat iaitu cuma 200 km dan mengambil masa dua jam lebih sahaja. Jadi ada beberapa tempat yang sempat disinggahi antaranya ialah pusat barangan kulit Tolar, Ancient City of Ephesus, kedai Turkish Delight lagi dan masjid lama Isabey sebelum ke destinasi terakhir iaitu Cotton Castle dan Hierapolis iaitu kota lama tinggalan Greek di dalam kawasan yang sama di Pamukkale.

Tolar Leatherland - pusat pakaian dari kulit.

Monday, May 29, 2017

Ho Chi Minh City Pt 2 - Cu Chi Tunnel | HCM City Hall | Central Post Office | Opera House | Masjid Musulman | Russian Market

Hari-hari seterusnya

Hari kedua kami ambil pakej setengah hari untuk ke Cu Chi Tunnel dari Bismillah Tours di Malaysia Street. Pakej ini termasuk singgah ke pusat kraftangan. Harga pakej agak murah iaitu VND250K termasuk tiket untuk ke Cu Chi Tunnel sekali. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kiranya tempat ini macam tempat lawatan wajib jika kali pertama ke HCM City.

Laluan masuk ke kawasan Cu Chi Tunnel.

Monday, May 22, 2017

Ho Chi Minh City Pt 1 - Malaysia Street | War Remnants Museum | Independence Palace

Hari Pertama

Ini adalah kali keempat menjejakkkan kaki di HCM City.  Ke sana pun sebab bawa orang yang tak pernah ke sana lagi. Kebetulan ada tiket murah. Seperti biasa flight pilihan adalah AirAsia walau ada banyak penerbangan lain yang ke sana dari KLIA. Sekarang dah banyak pilihan untuk ke sana selain AirAsia iaitu MAS, Malindo Air, Viet Jet dan Vietnam Airlines. Itu belum termasuk penerbangan dari Johor Bahru dan Penang lagi. Jadi memang tak hairanlah kalau kita boleh jumpa orang Malaysia di mana-mana di HCM City ni.

Flight berlepas pada jam 7.05 pagi dan masa tu tak ada orang yang dapat menghantar. Jadi bawa je kereta dan parking di bangunan bertingkat Klia2 untuk 4 hari. Caj yang dikenakan sebanyak RM158.00. Kalau naik Uber pun lebih kurang macam tu juga cajnya untuk perjalanan pergi balik.

Tan Son Nhat International Airport.

Tuesday, May 16, 2017

Turkey Day 2 - Bursa ke Kusadasi

Sampai di Bursa menjelang malam setelah menempuh perjalanan selama lebih dua jam. Hotel penginapannya terletak di pinggir bandar. Ada juga kedai-kedai yang terletak berhampiran tapi tutup agak awal. Jadi selepas dinner malam tu memang terus masuk bilik dan tidur.

Hotel Baiabursa.

Monday, May 1, 2017

Turkey Day 1 - Berlegar di Sultanahmet dan terus ke Bursa

Inilah kali pertama pergi bercuti ikut pakej. Negara Turki ni agak besar jadi kalau nak pergi sendiri mungkin agak payah sikit nak ke destinasi di luar kota Istanbul. Ini pun cadangan OR, jadi ikutkan sajalah. Trip ini adalah trip musim bunga dan laluan ke Istanbul agak popular pada waktu ini. Bagi syarikat yang kami gunakan ada beberapa trip ke sana dan laluannya juga berbeza. Ada yang transit di Abu Dhabi dengan penerbangan Etihad. Trip yang kami ikuti transit di Singapura dengan penerbangan Silk Air dan meneruskan penerbangan melalui Singapore Airline ke Istanbul.

Transit tiga jam di Changi Airport, Singapura.

Friday, April 21, 2017

Turkey

Trip ke Turkey (8 - 17/4/2017)

Kecewa tak dapat naik tram di Istanbul.

Monday, March 27, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 7 - Aktiviti sebelum balik

Sampai di Tanggulangin hari dah gelap. Dapatlah singgah sebuah kedai di sini yang menjual segala macam barangan kulit tapi tak dapat nak berlama-lama kerana kedainya ditutup pada jam lapan malam. Selesai menuai di sini supir terus bawa kami ke Surabaya yang cuma tinggal satu jam lagi perjalanan. Selesai check in malam tu memang dah tak ke mana-mana lagi sebab masing-masing dah kepenatan.

 Pop Hotel Diponegoro, Surabaya.

Wednesday, March 15, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 6 - Taman Safari Indonesia 2

Perjalanan dari Batu ke Taman Safari Indonesia II di Prigen, Pasuruan mengambil masa hampir dua jam. Sampai di sana hari dah mula hujan. Supir masuk ke kawasan parkir dulu sebab nak uruskan pembelian tiket. Kalau mengikut senarai harga yang ditunjukkan harga tiket untuk pelancong luar ialah Rp120K tak kira hari. Tapi kami dapat tiket Rp100K saja. Mungkin dapat diskaun sebab kami ramai. 

Gapura gading sebelum sampai di kawasan tempat jualan tiket.

Monday, March 6, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 5 - Petik Epal

Hari ini hari kedua kami di Kota Batu. Rancangan pagi ini lebih kepada nak ke kebun epal. Tapi pakej untuk ke kebun epal termasuk sekali untuk ke ladang stroberi. Ladang stroberi ni macam dah biasa sangat terutama bila kita ke Cameron Highlands.

Kawasan masuk ke kaunter tiket dan ladang stroberi.

Monday, February 27, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 4 - Muzium Angkut

Turun dari Bromo lebih kurang pada jam sepuluh pagi. Agak lewat sebenarnya. Macam itulah keadaannya kalau pergi ramai-ramai. Ikut keupayaan masing-masing sebab memang agak meletihkan. Sampai di hotel terus saja ke restorannya kerana kami semua memang dah kelaparan. Kami kumpulan terakhir yang bersarapan pada hari itu. Makanan pun memang sudah di tinggalkan khas untuk kumpulan kami. Kami balun sampai licin.

Dari Bromo kami bergerak untuk ke Kota Wisata Batu yang mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan. Selesai check in di The Batu Villas kami keluar semula untuk makan tengah hari yang dah terlewat. Ke mana lagi kalau tak ke Restoran Wong Solo.

 Kota Wisata Batu.

Thursday, February 23, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 3 - Sedikit Tip Bila Ke Bromo

Sedikit tip dan panduan bagi mereka yang bercadang ke Bromo.

1. Carilah hotel yang menghadap ke Gunung Batok dan Bromo untuk mendapatkan pemandangan yang sangat indah umpama lukisan... ye ke ni...

2. Bermalamlah sekurang-kurangnya sehari di sini. Kalau dapat biar sampai waktu masih terang untuk menikmati pemandangan yang indah sebab selepas balik dari Bromo biasanya kita tak tunggu lama untuk terus bergerak ke destinasi seterusnya.

Kawah Bromo dan Gunung Batok.

Monday, February 20, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 2 - Gunung Penanjakan, Bromo dan Padang Savana

Untuk ke Gunung Penanjakan kami sudah diberitahu supaya menunggu di luar hotel pada jam 4.00 pagi. Suhu memang sangat sejuk pagi tu. Hujan gerimis menambahkan lagi rasa sejuknya. Dengar deruan angin macam kita berada di sebelah lebuhraya. Kawan yang kali pertama ke sini tanya ada lebuhraya ke kat sini. 

Jeep hanya sampai pada jam 4.30 pagi. Memang agak hanginlah waktu itu kerana dah hampir masuk waktu subuh. Padahal perjalanan masih jauh. Takut terlewat pulak nanti. Tapi sebelum bertolak dah siap berpesan pada kawan-kawan supaya siap berwuduk supaya senang bila sampai di atas. 

Tak lama selepas solat subuh matahari mula memancar.

Tuesday, February 14, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 1 : Dari Juanda airport ke Cemoro Lawang

Ada sedikit perubahan dalam waktu penerbangan kami ke Surabaya di mana waktu berlepasnya di awalkan sejam kepada jam 8.50 pagi tapi waktu balik yang sepatutnya pada jam empat petang juga telah dicepatkan kepada 9.05 pagi. Jadi pada hari terakhir memang tak dapat nak buat apa-apa. Sarapan di hotel pun tak sempat sebab cuma bermula pada jam tujuh pagi. Memang ada pilihan diberikan oleh pihak AA untuk mengubah penerbangan ke tarikh lain tapi malas pula nak memikirkannya.

Pada mulanya cuma nak buat family trip saja tetapi beberapa orang rakan sekerja nak join sama jadi kesemua jumlah ahli rombongan menjadi sebelas orang. Seronok juga pergi ramai-ramai ni. Kami sewa sebuah bas sederhana yang boleh memuatkan empat belas penumpang.

Perjalanan keluar dari Juanda Airport, Surabaya.

Monday, February 6, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 14 - Pulang dan Bajet

Penerbangan pulang pada hari ini ialah pada jam 8.30 malam. Tapi kami keluar lebih awal sebab nak kena pulangkan kereta dulu. Masa ambil kereta sebelumnya adalah di CBD tapi boleh dipulangkan di pejabat cawangannya berhampiran airport. 

Sebelum itu kami singgah di Masjid Al Maqtoum yang juga berhampiran airport untuk selesaikan kewajipan terlebih dahulu. Apa yang bagusnya di hadapan masjid ini ada sebuah pasar raya barangan halal dan restoran. Sempatlah kami makan ayam goreng yang dah seminggu tak dapat kami jamah walaupun rasanya tak sesedap mana. 

Jadi kami cadangkan kepada sesiapa yang datang ke Auckland, ambil saja kereta sewa yang terletak berhampiran airport. Sebelum memulakan perjalanan, boleh menambah stok makanan di Getfresh Supermarket. Macam-macam ada...

Al Maqtoum Airport Masjid

Friday, February 3, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 13 - Parnell Village and Rose Garden

Balik dari Piha Beach terus saja ke Parnell Village di pinggir kota Auckland. Jalan utamanya ialah Parnell Street yang merupakan kawasan perniagaan. Di persekitaran Parnell Village ini terdapat banyak kedai dan rumah yang bersenibina Inggeris. 

Antara kedai yang ada di sini.

Tuesday, January 31, 2017

Surabaya Bromo Lagi

Trip bersama keluarga dan rakan-rakan pada 20 - 24/1/2017

Banjir lumpur Lapindo

Thursday, January 26, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 12 - Piha Beach

Hari ini adalah hari terakhir kami di Auckland. Penerbangan balik ialah pada jam 8.30 malam. Jadi ada banyak masa lagi untuk pergi ke beberapa destinasi. Cuaca pagi itu pun agak baik. Jadi kami pilih untuk ke Piha Beach atau Black Sand Beach yang terletak kira-kira 40 km dari Auckland.

Pantai ini terletak di bahagian Barat Auckland dan menghadap Laut Tasman. Dinamakan Pantai Pasir Hitam kerana pasirnya berwarna kehitaman sebab adanya kandungan bijih besi yang asalnya dari letusan gunung berapi. Jalan untuk ke sini agak berliku dan berbukit sebaik saja berakhirnya kawasan penempatan penduduk.

Piha Beach atau  Pantai Pasir Hitam.

Wednesday, January 18, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 11 - Mount Eden

Kedudukan Mount Eden ini terletak dalam perjalanan ke pusat bandar Auckland. Jadi sebelum ke CBD kami singgah di sini dulu. Kenderaan hanya boleh di bawa hingga pertengahan jalan saja. Tempat parking pun agak terhad.

Tak ada apa sangat pun kat atas ni. Cuma kita dapat tengok pemandangan kota Auckland dan kawasan sekitarnya. Sesuai untuk tempat rilek selepas jauh memandu.

Menapak untuk ke atas.

Wednesday, January 11, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 10 - Hobbiton Movie Set

Hari ini kami nak bergerak balik ke Auckland yang jaraknya lebih kurang 230 km dari Rotorua. Sebelum itu kami nak singgah dulu di Hobbiton Movie Set yang terletak di Matamata.

Pagi yang tenang dan nyaman.

Wednesday, January 4, 2017

KIa Ora North Island New Zealand Pt 9 - Wai-O-Tapu Thermal Wonderland

Di sekitar Rotorua ini terdapat beberapa kawasan geothermal yang aktif. Antara yang paling menarik dan popular ialah Wai-o-Tapu Thermal Wonderland yang terletak 27 km di selatan Rotorua. Kawasan geothermal ini merupakan yang paling berwarna-warni berbanding yang lain.

Tempat jualan tiket. Tiada kawasan parking. Berhenti sekejap untuk beli tiket dan bergerak ke kawasan parking 200 m dari sini.