Pagi hari kedua baru kami nak ambil kereta. Lokasinya tak begitu jauh dari hotel penginapan jadi menapaklah kami ke sana berdua. Yang lain tinggal di bilik kerana kami bercadang nak bawa kereta ke hotel nanti dan angkut semua barang-barang. Jika ikut booking asal, kami sepatutnya dapat kereta pada jam 8.30 pagi. Sampai di Jucy Car Rental kereta yang dijanjikan tak ada. Katanya orang yang sepatutnya pulangkan kereta lambat hantar dan kami mungkin akan dapat kereta pada jam 11.00 pagi. Rasa macam nak naik angin 😡 jugalah sebab kami belum check out lagi dan kena keluar dari bilik pada jam sebelas juga.
Oleh sebab itu kesilapan di pihak mereka jadi kitaorang minta disediakan shuttle ke hotel untuk mengambil barang-barang untuk dibawa ke Jucy Car Rental. Jam sebelas kereta pun sampai tapi kena tunggu lagi untuk dibasuh dan dibersihkan. Gitu gini jam dua belas baru dapat keretanya. Jadi itinerary agak lari sikit. Tapi disebabkan itu kesalahan mereka jadi caj sewa kereta dikurangkan untuk satu hari 😊.
Peta perjalanan di North Island. Cuma ini saja yang mampu kami buat.