Hari ini pagi terakhir di Kota Kinabalu. Siap-siap untuk check out awal sikit sebab kami nak ke Pulau Manukan. Nasib baik ada kereta sewa jadi barang-barang semua boleh sumbat dalam kereta. Dari hotel terus bergerak ke Jesselton Point. Payah betul nak mencari tempat letak kereta di kawasan berdekatan jeti sebab hari itu adalah hari bekerja. Akhirnya kami parking di dalam kompleks beli-belah Suria Sabah yang tak jauh letaknya dari jeti.
Agak ramai pelancong asing pada hari itu terutama dari negara China dan Korea.