Trip ini dah sebulan lebih berlalu iaitu pada awal bulan April lepas. Malas nak fikir soal booking penginapan jadi kami pilih untuk ambil pakej saja dari Anjung Holidays Sdn Bhd. Harga pakej agak OK, RM355 untuk quad room untuk tempoh 3H2M. Untuk twin room cajnya RM405. Pakej termasuk tambang bot pergi balik dari jeti, makan tiga kali sehari dan dua trip snorkeling. Pengangkutan ke jeti kena uruskan sendiri.
Untuk ke Pulau Perhentian jetinya ialah di Kuala Besut. Kalau nak guna flight, airport terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Kami memilih untuk memandu sendiri. Jam sepuluh malam kami dah mula gerak dari rumah. Keluar awal sikit sebab tak mahu terkejar-kejar sangat. Sempat berhenti di beberapa kawasan R&R untuk berehat sekejap. Sampai di Jerteh menjelang subuh. Singgah sebentar di surau Petronas. Selepas itu baru ke Kuala Besut dan bersarapan di sana. Perjalanan bot ialah pada jam lapan pagi.
Parking untuk kereta ada berhampiran jeti. Caj yang dikenakan ialah RM10 sehari.
Selamat datang ke Kuala Besut.