Dari Masjid Kobe kami balik ke stesyen Kobe-Sannomiya melalui jalan yang sama. Terasa cepat pulak sampainya berbanding masa perginya. Destinasi kami seterusnya ialah untuk ke Kobe Harborland. Sekali lagi kami tersilap di sini sebab main naik je train yang menuju ke Kobe. Stesyen Kobe berada di perhentian kedua bagi laluan Hamakaze line. Bila train berhenti untuk kali pertama, kami buat tak tau je sebab beranggapan belum sampai lagi. Rupanya kereta api yang kami naiki adalah semi ekspres juga dan Kobe adalah perhentian pertamanya. Perhentian seterusnya ialah di stesyen Akashi yang sangat jauh dari Kobe, melepasi hampir sepuluh stesyen. Pasrah aje lah...
Rasa macam nak batalkan saja untuk ke Harborland tu, tapi rasa rugi pulak.
Shopping Street berhampiran stesyen Kobe-Sannomiya.