Monday, February 29, 2016

Trip Kansai Area Pt 3 - Arashiyama Bamboo Forest

Masa terbangun waktu pagi terasa lebih sejuk daripada biasa. Rupanya hujan hari ini. Jika ikut pengalaman dulu, hujan di Jepun ini tidak boleh ditunggu bila akan berhenti. Jadi walaupun hujan terpaksa juga keluar. Kalau tunggu juga jawabnya mereputlah kat dalam bilik seharian.

Program hari ini ialah nak ke beberapa tempat di sekitar Kyoto dan balik semula ke hotel menjelang malam. Langsung tak bawa bekalan makanan kerana kami bercadang nak makan di sebuah restoran halal berhampiran Pusat Islam Kyoto di Kawaramachi.

Keluar dari hotel terus saja ke kedai Lawson yang terletak berhampiran untuk mencari payung. Terpaksa beli tiga payung lutsinar yang berharga 500 yen setiap satu. Payung yang paling murah dan macam konsep pakai buang kaedahnya.

Sampai di stesyen Saga Arashiyama.

Thursday, February 18, 2016

Trip Kansai Area Pt 2 - Teramachi | Nishiki Market | Gion

Petang itu kami cuma nak ronda-ronda sekitar Teramachi shopping street sebab dekat je dari hotel penginapan. Dari stesyen Kyoto ambil subway Karasuma line berhenti di Shijo dan sambung Hankyu-Kyoto line untuk ke Kawaramachi. Kalau nak exercise kaki, boleh saja menapak dari stesyen Shijo untuk ke Teramachi. OR sebenarnya yang mencadangkan kami ke sini sebab nak pergi tempat tarikan lain agak jauh. Jadi simpan untuk esok saja.

Tak sangka pulak hari pertama sampai di Nippon sudah tershopping.

Di stesyen subway Karasuma line. Masuk ikut stesyen Kyoto.

Friday, February 12, 2016

Trip Kansai Area Pt 1 - Dari Kansai Airport ke Kyoto

Penerbangan berlepas dari Klia2 pada jam 1.00 pagi dan sampai di Kansai International Airport pada jam 8.25 pagi. Waktu di Jepun awal sejam dari waktu di Malaysia. Semuanya berjalan lancar. Di kaunter imigresen dia orang mahukan alamat hotel tempat kita tinggal serta alamat lengkapnya yang perlu diisikan di borang ketibaan. Di kawasan pemeriksaan kastam pun tak ada banyak bertanya pasal barang makanan yang dibawa.

Langkah seterusnya ialah menuju keluar kawasan ketibaan. Perkara pertama yang terlintas ialah untuk mencari sim kad untuk data internet. Kad di sini kebanyakannya dijual di mesin. Belek punya belek akhirnya kami memilih untuk membeli kad dari syarikat Docomo. Walaupun ianya ready to use tapi kena juga ikut beberapa langkah untuk mengaktifkannya. Cuma ianya tidak perlu talian internet untuk mengaktifkan berbanding kad lain.

 Mesin-mesin jualan sim kad.

Friday, February 5, 2016

Trip Kansai Area

Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara (28 Jan - 3 Feb 2016)

 Katsura River, Arashiyama. Kyoto