Dari Tian'anmen kami balik ke hotel. Lagipun masa nak keluar tadi kami sudah ambil keputusan untuk tunaikan kewajipan di hotel saja sebab lokasi Tian'anmen ini tidak begitu jauh dari hotel. Walaupun cuma dapat pergi dua tempat saja hari ini, tapi sangat meletihkan kerana banyak berjalan. Waktu ini jam 5.00 petang, hari sudah mulai gelap.
Malamnya kami meronda di sepanjang Jalan Wangfujing. Dari hotel kami menapak saja kerana kedudukan jalannya selari dengan hotel kami. Cuma terpaksa melalui kawasan hutong iaitu jalan-jalan sempit atau lorong yang biasanya dijadikan tempat kediaman untuk sampai di Jalan Wangfujing. Destinasi kami malam itu ialah untuk ke Wangfujing Snack Street.
Lokasi hotel, Masjid Dongsi, Jalan Wangfujing dan Tian'anmen.