Dah lama betul tak ke Bukit Fraser. Dulu masa ke sana, jalan naik turunnya masih menggunakan satu laluan yang sama. Sejak ada jalan naik dan turun yang berlainan, inilah kali pertama kami ke sana. Ingat lagi masa jalannya cuma sehala, terpaksa menunggu sejam untuk sampai giliran.
Minggu lepas terdetik pula nak ke sana. Cuaca pun nampak baik pada hari itu. Perjalanan agak lancar untuk naik ke atas sebab tidak banyak kenderaan. Mungkin disebabkan orang belum dapat gaji lagi selepas Hari Raya, iaitu satu tempoh yang agak panjang untuk menerima gaji berikutnya.
Suhu di Bukit Fraser tidak sesejuk macam di Cameron Highlands kecuali bila ada angin barulah rasa nyaman sikit.
Suhu di Bukit Fraser tidak sesejuk macam di Cameron Highlands kecuali bila ada angin barulah rasa nyaman sikit.
Simpang naik ke Bukit Fraser dari jalan utama Kuala Kubu Baru ke Pahang. Cuma 8 km dari simpang ini.