Balik dari Bromo, barulah kita orang breakfast. Memang agak lambat sikit sebab singgah dulu ke beberapa tempat selepas turun dari Penanjakan. Banyak tenaga yang digunakan pagi tu. Jadi untuk cover balik, banyak kali kita orang makan bertambah. Semua orang buat macam tu jadi tak payah nak segan-segan.
Siap bersarapan, kami balik semula ke bilik sebab barang-barang belum berkemas lagi. Mula-mula ingat nak meronda-ronda dulu di sekitar kawasan ini. Supir beritahu kena keluar awal sikit sebab perjalanan ke Surabaya akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Cuaca pun dah mula mendung.
Lagipun ada satu tempat lagi kami nak singgah iaitu air terjun Madakaripura.
Batu tanda ini baru siap kira-kira dua bulan semasa kita orang sampai di sana.