Tuesday, March 31, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 8 - Window of the World dan pulang

Hari ini adalah hari terakhir trip kami. Penerbangan balik dari Shenzhen ialah pada jam 9.40 malam. Jadi ada masa yang agak panjang dan cukup untuk kami ke Window of the World.

Sebelum ke WOW kami check out hotel dulu. Oleh kerana beg yang agak banyak kami booking satu bilik untuk menyimpan beg-beg. Kalau letak di lobi memang agak menyemak. Lagipun sebelum bertolak ke airport kami oleh gunakan bilik tersebut untuk solat. Cuma perlu bayar setengah dari harga asal.

Ini adalah senarai harga tiket metro di Shenzhen iaitu diantara 2 hingga 7 yuan untuk ke stesyen yang paling dekat hingga yang paling jauh. (RM1.00 - RM3.50)

Tuesday, March 24, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 7 - Ke Shenzhen

Hari ini hari terakhir kami di Hong Kong.

Sekejap je macam touch and go. Tapi itu semua adalah kemahuan ahli rombongan. Janji dapat pergi banyak tempat dalam satu trip.

Jadi pagi tu sebelum ke Shenzhen, kami merayau-rayau tanpa haluan. Kira macam acara bebas. Ada yang nak menambah souvenir. Ada juga yang nak cari perfume. Lantaklah apa pun nak buat asalkan balik ke hotel sebelum 11.00 pagi. Check out hotel lewat sikit supaya ngam-ngam sampai di Shenzhen nanti terus boleh check in hotel di sana pula.

Tuesday, March 17, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 6 - Disneyland, The Peak dan Mongkok Night Market

Delay beberapa jam di Guangzhou menyebabkan itinerary yang disediakan tak dapat dipenuhi. Rancangan asal untuk hari ini ialah berjimba seharian di Seaworld. Tapi terpaksa dibatalkan kerana kami hendak ke beberapa tempat lain yang kami sepatutnya pergi semalam. Nasib baik tiket ke Seaworld tu kami tidak booking lebih awal.

Hari ini kami cuma nak ronda sekitar Disneyland, The Peak dan Mongkok night market. Agak susah nak cover banyak tempat kerana kumpulan kami agak ramai dan keupayaan berjalan sesetengah ahli rombongan yang agak terbatas.

Bila di Hong Kong jangan lupa beli Octopus Card iaitu kad prabayar untuk pengangkutan awam untuk memudahkan pergerakan. Harga minimum HK$150 saja untuk deposit dan nilai kad. Boleh refund bila nak keluar dari Hong Kong nanti jika berbaki.

Sunny Bay metro station.

Monday, March 9, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 5 - Berlepas ke Hong Kong

Hari ini adalah ketiga kami di bumi China. Pagi ini kami semua akan bergerak ke Hong Kong pula. Stesyen kereta api untuk ke Hong Kong ialah di Guangzhou East. Mulanya rasa nak ke sana dengan dengan metro saja tapi atas bantahan majoriti terpaksalah kami cari alternatif lain. Lagipun banyak beg besar yang perlu diangkut.

Jadi kami minta pekerja di kaunter carikan van. Terpaksalah ambil dua van sebab ahli jemaah kami yang ramai. Sampai di stesyen Guangzhou East pada jam 10.00 pagi. Ingat nak dapatkan tiket pada jam  sebelas pagi, jadi tak payah tunggu lama untuk check in hotel bila sampai di Hong Kong nanti. Jangkaan kami sangat meleset kerana tiket perjalanan untuk sebelah pagi semuanya sold out. 

Aduh... macam mana ni...

Dari pembacaan blog, ada yang cakap senang je nak dapat tiket. Tapi terlupa pulak yang hari itu adalah hari Sabtu. Sepatutnya tiket dibeli pada petang Jumaat iaitu sehari sebelumnya. Tiket yang kami dapat ialah pada jam 3.38 petang. Terpaksalah ambil juga sebab itulah cara paling mudah untuk ke sana. Melangutlah kami kat dalam stesyen tu. Itinerary pun lari.

Stesyen kereta api Guangzhou East.