Thursday, February 26, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 4 - Masjid Shabi Abi Waqas

Dari Yuexiu Park kami bercadang untuk ke Masjid Huaisheng yang terletak berhampiran stesyen metro Ximenkou. Di situ memang ada sebuah restoran makan halal yang memang kami dah siap-siap ada pelan lokasinya. Kalau tak ke restoran itu pun mungkin tak apa sebab hari itu adalah hari Jumaat dan biasanya ramai peniaga Islam akan berniaga di kawasan berhampiran masjid.

Sebaik keluar dari Yuexiu Park kami ternampak sebuah supermarket barangan halal betul-betul bertentangan dengan pintu masuk utama taman ini. Lepas tu nampak pula kepulan asap yang agak banyak dari kejauhan. Rupanya ada banyak gerai mambakar sate dan ayam di seberang sana. Tapi kami tak boleh melintas di situ kerana pembahagi jalannya berpagar. Jadi terpaksalah masuk semula ke stesyen metro untuk melintas. Sebelum datang ke sini memang kami tak tahu langsung adanya masjid tidak jauh dari taman ini. Jadi niat untuk ke Masjid Huaisheng langsung terbatal.

Pintu utama keluar masuk ke Yuexiu Park.

Monday, February 23, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 3 - Yuexiu Park

Pagi ini rancangan kami hendak bersiar-siar di Yuexiu Park. Tapi sebelum ke sana rancangan kami telah dipintas oleh salah seorang daripada kami. Katanya dia hendak mencari satu barang yang dikirim oleh kawannya. Sebelum tu puas dia bertanya di kaunter hotel dan orang yang dijumpainya. Member yang lain ada beritahu kat dia, kalau benda tu terjumpa kita belilah. Kalau tak jumpa tak payahlah susah-susah nak cari. Lagipun kita orang nak jalan-jalan saja, bukan nak menyoping sangat. Tetapi untuk tidak mengecewakan dia, kita orang ikutkan saja kehendaknya. Jadi sebelum ke Yuexiu Park kita orang terpaksa melencong dulu ke stesyen Sun Yat Sen University yang terletak di line 8.


Ramai orang yang mencari penumpang dengan menggunakan basikal kuasa bateri di luar stesyen Sun Yat Sen University.

Friday, February 13, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 2 - Pearl River Cruise

Selesai mengukur jalan dan mengisi perut di Beijing Lu, kami semua balik semula ke hotel. Musim sejuk ni jam 6.00 petang pun dah agak gelap. Malamnya kami keluar untuk ke Tianzi Wharf untuk menikmati suasana malam di Guangzhou dengan Pearl River cruise. Dekat je lokasinya dari hotel penginapan, kira-kira 10 minit berjalan kaki.
 
Harga tiketnya ialah 90 yuan untuk tempoh perjalanan lebih kurang sejam lebih pergi balik. Harga tiket termasuk minuman dan kacang untuk kudapan. Ada nombor meja pada tiket, jadi tak boleh duduk sembarangan. Kami dapat duduk di bahagian atas yang lebih terbuka pemandangannya.
 
Berbaris untuk membeli tiket. Alhamdulillah orang tak berapa ramai malam tu.

Friday, February 6, 2015

Surabaya > Bromo

Dalam posting kali ini saya akan menggunakan singkatan nama Mie sebagai PLM saja.

Kira-kira sepuluh hari selepas balik dari Guangzhou, PLM bersama dua orang rakan sekerja berlepas ke Surabaya pula. Kononnya sebagai misi Bromo. Rancangan asalnya adalah empat orang tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, jadi bertiga sajalah kami ke sana. Bila dah kurang ahli, jadinya kos pun bertambah terutama untuk pengangkutan.

Layan dulu sebahagian foto trip kali ini. Entry seterusnya menyusul selepas selesai posting Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen.

Tugu Surabaya.