Tuesday, January 27, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 1

Perjalanan

Agak awal group kami sampai di KLIA2. Selesai check in beg, ingat nak terus masuk ke kawasan berlepas. Tapi kaunter imigresen agak lambat operasinya. Lebih kurang jam 4 lebih baru dibuka.

Biasanya kami akan menggunakan autogate untuk melepasi kawasan imigresen. Tapi pagi tu sistemnya agak bermasalah. Hanya  beberapa orang saja yang terlepas.  Dua tiga orang dari group kami tersekat di dalam mesin autogate. Seorang dari ahli group kami yang kami panggil Kak Kiah membebel kat pegawai imigresen yang bertugas di luar kaunter di situ. Masalahnya kenapa tak ada juruteknik atau pegawai yang memantau operasi mesin autogate tu. Adalah dalam 15 minit dia orang terperangkap kat situ. Ada beberapa orang yang telah memanjat keluar. Macam mana kalau penerbangan kita hampir berlepas. Tak ke cemas dibuatnya. Nasib baik flight kami lambat lagi iaitu pada jam 5.30 pagi.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou.

Friday, January 23, 2015

Trip mengulang

Trip kali ini merupakan trip mengulang kecuali ke Guangzhou.  Mulanya kami cuma nak pergi empat orang sekeluarga ke Guangzhou dan pulang melalui Shenzhen. Tapi plan kami nak bercuti telah terbocor. Jadi ada beberapa orang lagi rakan sekerja telah menyatakan minat untuk menyertai trip ini. Pada saya tiada masalah, cuma dia orang mahu ke Hong Kong sekali. Jadi layan sajalah walaupun bajet akan bertambah bila kita masuk ke Hong Kong.

Layan dulu foto-foto yang sempat dirakam sementara menunggu mood memblog datang lagi.

 Di reject untuk menginap di sini walaupun sudah booking awal melalui Agoda.

Tuesday, January 13, 2015

Taiping > Kuala Kangsar > Ipoh

Kami cuma semalam saja di Perlis. Selepas check out pada jam 10.00 pagi tu, sempat lagi kami singgah di pusat bandar Arau untuk bersarapan lagi sebab tak kenyang makan di hotel. Selesai semuanya perjalanan pun diteruskan. Destinasinya ialah Taiping. 

Sampai di sana sedang elok untuk waktu makan tengah hari. Teringin pulak nak makan mee udang yang agak terkenal di Kuala Sepetang. Dengan menggunakan aplikasi Waze kami cari Warung Mak Jah yang agak terkenal tu. Senang saja nak jumpa lokasinya iaitu terletak di kiri jalan kira-kira dua kilometer sebelum pekan Kuala Sepetang.

Mee udang Mak Jah, sikit sangat mee nya. Agak mahal... RM13 semangkuk.

Tuesday, January 6, 2015

Perlis lagi

Bulan November dan Disember lalu ramai rakan blogger yang ada trip yang best-best. Bagi kita yang tak ada apa-apa rancangan ni, jalan-jalan kat dalam semenanjung pun jadilah.

Ini adalah trip pada awal bulan Disember yang lalu. Oleh kerana cuma ada tiga hari saja untuk ke utara, jadi kami bertolak agak awal iaitu pada jam 2.00 pagi. Dah tak ada nak singgah mana-mana kecuali berhenti pada waktu subuh di R&R. Perjalanan diteruskan dan keluar di tol Changlun. Agak lebih cepat untuk ke Perlis melalui lebuhraya Changlun Kuala Perlis berbanding ikut jalan lama Alor Setar. Sebelum ke Padang Besar, sempat singgah di UniMAP untuk mengambil anak yang akan pulang sempena cuti semesternya. 

Destinasi wajib bila ke Perlis.