Sunday, December 27, 2015

Autumn in Beijing Pt 7 - Masjid Niu Jie

Dari Summer Palace kami terus menuju ke Masjid Niu Jie. Kebetulan hari ini adalah hari Jumaat. Kalau sempat sampai boleh join sekali solat Jumaat di sini. Tapi nampaknya memang tak ada rezeki. Sebaik kami sampai di sini solat Jumaat baru saja selesai.

Papan tanda Masjid Niu Jie di pintu masuk utama.

Monday, December 21, 2015

Autumn in Beijing Pt 6 - Summer Palace

Rancangan kami hari ini ialah untuk ke Summer Palace. Keluar pun taklah awal sangat sebab tempatnya tidak begitu jauh. Lokasinya berhampiran stesyen Beigongmen yang terletak di laluan empat subway Beijing.

Di stesyen Beigongmen boleh keluar ikut pintu C atau D.

Thursday, December 10, 2015

Autumn in Beijing Pt 5 - Badaling Great Wall

Hari kedua di bumi Beijing. Hari ini rancangan kami nak ke Great Wall yang menjadi destinasi wajib kepada sesiapa pergi ke Beijing. Ada beberapa lokasi untuk melawat Great Wall ini. Kami pilih untuk ke Badaling Great Wall kerana perjalanan ke sana agak mudah. Dari hotel penginapan, kami berhenti di stesyen subway Xizhimen di mana terletaknya Beijing North Railway Station. Stesyen ini agak sibuk kerana terdapat tiga laluan subway yang melalui stesyen ini. 

Friday, December 4, 2015

Autumn in Beijing Pt 4 - Wangfujing

Dari Tian'anmen kami balik ke hotel. Lagipun masa nak keluar tadi kami sudah ambil keputusan untuk tunaikan kewajipan di hotel saja sebab lokasi Tian'anmen ini tidak begitu jauh dari hotel. Walaupun cuma dapat pergi dua tempat saja hari ini, tapi sangat meletihkan kerana banyak berjalan. Waktu ini jam 5.00 petang, hari sudah mulai gelap.
 
Malamnya kami meronda di sepanjang Jalan Wangfujing. Dari hotel kami menapak saja kerana kedudukan jalannya selari dengan hotel kami. Cuma terpaksa melalui kawasan hutong iaitu jalan-jalan sempit atau lorong yang biasanya dijadikan tempat kediaman untuk sampai di Jalan Wangfujing. Destinasi kami malam itu ialah untuk ke Wangfujing Snack Street.

Lokasi hotel, Masjid Dongsi, Jalan Wangfujing dan Tian'anmen.

Friday, November 27, 2015

Autumn in Beijing Pt 3 - Tian'anmen Square | Forbidden City

Dari Olympic Sports Center kami bergerak pula ke Tian'anmen Square dan Forbidden City. Tukar dua laluan subway dan berhenti di stesyen Tian'anmen East di laluan 1.

Jalan yang amat lebar di hadapan stesyen subway. Di seberang jalan terletaknya Tian'anmen Square.

Monday, November 23, 2015

Autumn in Beijing Pt 2 - Olympic Sports Center

Sebelum berlepas lebih baik kita download dulu subway map untuk kota Beijing dalam handphone. Jadi tak payahlah buka kertas setiap kali nak guna subway. Aplikasi di bawah ini adalah antara yang terbaik rasanya. Jelas dan tak bercampur aduk dengan tulisan China.

Logo bagi aplikasi Beijing subway map.

Wednesday, November 18, 2015

Autumn in Beijing Pt 1

Sepanjang beberapa hari di Beijing langsung tak nampak kelibat matahari. Langit sentiasa kelabu. Snow pun dah mula turun seminggu sebelumnya. Tapi Alhamdulillah, walaupun dah di penghujung musim gugur, daun pokok masih kelihatan cantik dan pokok belum gondol lagi.

Foto-foto yang diambil adalah daripada beberapa tempat seperti di Summer Palace, Beijing Zoo, Fragrant Hill Park dan Olympic Park.

Sunday, November 8, 2015

Ni Hao Ma...

Alhamdulillah rezeki... kali kedua ke China tahun ini...

SS... saya gerak dulu...

Zilla... camna tarikh boleh sama ni...

Nasib baik destinasi lain-lain...

Wednesday, October 28, 2015

Pulau Redang Pt 3 - Selamat Tinggal Redang | Singgah Kuala Terengganu

Trip 3H2M ni memang tak puas. Kalau dapat seminggu baru OK agaknya.

Pagi tu selepas sarapan pagi sempat lagi meronda-ronda di sepanjang pantai sebelum check out. Feri akan datang pada jam sebelas pagi. Jadi kami diminta untuk check out pada jam 10 pagi dan berkumpul di hadapan chalet. Traktor digunakan untuk membawa tetamu ke satu tempat berkumpul berhampiran kawasan feri berlabuh.

Antara hotel yang ada di Pulau Redang.

Wednesday, October 21, 2015

Pulau Redang Pt 2 - Berjimba di pulau

Kat Redang ni jangan risau soal makan. Memang disediakan dalam pakej. Makan empat kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Di Redang Lagoon ini tak ada café atau tempat makan di luar waktu makan. Tapi kalau rajin meronda sepanjang pantai kita boleh jumpa kopitiam dan mini market yang menjual makanan. Jadi kalau ke sana tak payahlah bawa barang makanan sangat.

Hari ini ada dua trip snorkeling iaitu di kawasan Taman Laut dan di laut terbuka. Sebenarnya bukan laut terbuka sangat pun, cuma airnya agak dalam supaya kita tak terpijak batu karang. Tempat snorkeling laut terbuka yang kami terlepas semalam berlainan dengan trip hari ini.

Peralatan snorkeling boleh di sewa dari chalet ini. Life jaket RM10 dan goggle juga RM10. Bagi goggle yang ada power cajnya RM30 setiap satu. Boleh gunakan sepanjang kita berada di sana.

Tempat berkumpul untuk snorkeling trip di hadapan chalet. Bawa sekali tiket Taman Laut yang di beli di jeti Shahbandar semalam.

Tuesday, October 13, 2015

Pulau Redang Pt 1 - Perjalanan

Ini adalah kali pertama kami nak ke Pulau Redang, Terengganu. Teruk betul kan...Trip pakej 3H2M ini kami ambil dari Raha Holiday di Shah Alam. Tiket penerbangan kami ambil masa ada tawaran AA cuma RM79 untuk tiket pergi balik.

Kalau ikut pakej yang disediakan sepatutnya kami kena sampai di KT waktu pagi dan naik feri perjalanan pertama ke Redang pada jam 11.00 pagi. Tapi flight kami agak lewat sikit jadi terpaksa ambil feri kedua pada jam 3.00 petang. Kami terlepas satu trip snorkeling pada petang itu.

Sebab cuti agak singkat jadi malas nak minta orang hantarkan ke airport. Jalan paling mudah guna saja cara 'park and ride' dari stesyen ERL di Putrajaya. Pertama kali menggunakan cara ini dan ternyata berbalui. Tambang ERL Transit dari Putrajaya Sentral cuma RM6.20. Caj tempat letak kereta berbumbung untuk 3H2M ialah RM10.00 saja.

 Stesyen ERL Putrajaya.

Wednesday, October 7, 2015

Pulau Redang, Terengganu

 Nasib baik penerbangan tidak tertangguh.

Monday, September 28, 2015

Sejam di Danok dan lain-lain tempat yang sewaktu dengannya.

Ini cerita masa hari raya yang lepas. Masa tu kita orang turun ke Perlis sebab ada satu majlis ahli keluarga di sana pada keesokan harinya. Oleh kerana sampai agak awal nak check in hotel pun belum boleh lagi. Jadi kita orang bercadang nak masuk ke Danok, Thailand sekejap.

Proses kat imigresen Malaysia agak lancar. Kenderaan kita orang tinggalkan di kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam. Bagi yang cuma nak ke kawasan bebas cukai, ikut laluan paling kiri semasa melalui kawasan imigresen.

Kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam.

Tuesday, September 22, 2015

Thursday, September 10, 2015

Perth, Western Australia Pt 10 - Swan Bell Tower, London Court dan Insan's Cafe

Sampai semula di Perth dari Rottnest Island dalam jam empat petang, Tempat terakhir kami nak pergi hari ini ialah Swan Bell Tower yang terletak berhampiran Barrack jetty di tepi sungai Swan. Agak kecewa juga kerana banyak kerja pembinaan sedang dijalankan pada masa itu. Kawasan di sekitar Swan Bell pun dikepung.

Kalau nak pergi ke zoo di South Perth bolehlah naik feri dari jeti di sini.

Swan Bell Tower - ada 18 loceng tergantung di dalamnya.

Thursday, September 3, 2015

Perth, Western Australia Pt 9 - Rottnest Island

Hari ini adalah hari kelima kami di Perth sebelum balik pada keesokan harinya. Aktiviti hari ini ialah meronda di Rottnest Island. Kami keluar agak lambat sikit kerana feri yang akan kami naiki hanya berlepas pada jam 9.30 pagi dari B Shed di Fremantle. Perjalanan dengan kereta api ke Fremantle cuma mengambil masa lebih kurang setengah jam saja. Bas dari tempat penginapan kami pun sangat menepati masa dan memang tiada traffic jam.

Roe Street Bus Station. Sebelah kanan tempat turun dan disebelah kiri tempat naik bas.

Wednesday, August 26, 2015

Sehari di Bukit Fraser

Dah lama betul tak ke Bukit Fraser. Dulu masa ke sana, jalan naik turunnya masih menggunakan satu laluan yang sama. Sejak ada jalan naik dan turun yang berlainan, inilah kali pertama kami ke sana. Ingat lagi masa jalannya cuma sehala, terpaksa menunggu sejam untuk sampai giliran.

Minggu lepas terdetik pula nak ke sana. Cuaca pun nampak baik pada hari itu. Perjalanan agak lancar untuk naik ke atas sebab tidak banyak kenderaan. Mungkin disebabkan orang belum dapat gaji lagi selepas Hari Raya, iaitu satu tempoh yang agak panjang untuk menerima gaji berikutnya.

Suhu di Bukit Fraser tidak sesejuk macam di Cameron Highlands kecuali bila ada angin barulah rasa nyaman sikit.

Simpang naik ke Bukit Fraser dari jalan utama Kuala Kubu Baru ke Pahang. Cuma 8 km dari simpang ini.

Friday, August 21, 2015

Perth, Western Australia Pt 8 - Watertown Factory Outlet dan Masjid Perth

Dari Caversham Wildlife Park kita orang bergerak ke Watertown Factory Outlet Shopping Center untuk makan tengah hari. Boleh je kalau nak makan di Caversham, tapi lebih selesa rasanya kalau dapat lepak-lepak dan cuci mata. Bukan nak menyoping sangat pun. Barang kat sini tak adalah murah sangat tapi nampak ramai juga orang kita yang tak menang tangan menjinjing hasil rembatan di sini.

Watertown Factory Outlet, Perth.

Friday, August 14, 2015

Perth, Western Australia Pt 7 - Kings Park & Caversham WIldlife Park

Hari ini adalah hari pertama di Perth setelah dua hari berada di luar kawasan. Rancangan utama hari ini ialah nak ke Caversham Wildlife Park yang terletak di dalam kawasan Whiteman Park yang terletak kira-kira 20 km dari Perth. Jika memandu, setengah jam saja kita dah boleh sampai di  sana.

Tapi kita orang keluar agak awal, jadi sebelum itu sempat singgah dulu di Kings Park. Taman ni agak besar dan terletak tak jauh dari pusat bandar. Lokasinya di atas bukit menghadap bandar Perth dan Sungai Swan.

Friday, August 7, 2015

Perth, Western Australia Pt 6 - Giant Ram Park, Wagin & Malibu Apartment

Keluar dari bandar Katanning lebih kurang pada jam dua petang. Kalau memandu terus ke Perth masa yang diambil ialah lebih kurang tiga jam. Tapi ada satu tempat lagi yang kami nak singgah iaitu di Giant Ram Park yang terletak di bandar Wagin, 55 km ke utara Katanning. Sebelum sampai di Wagin kita akan menempuh pekan kecil Woodaniling terlebih dulu.

Tuesday, July 28, 2015

Perth, Western Australia Pt 5 - Orang Melayu Katanning

Sementara menunggunya masuk waktu zuhur, kami bergerak semula ke bandar Katanning. Bandar ini sederhana besarnya dan banyak bangunan lama yang cantik dan tersusun. Bandar ini juga mempunyai stesyen kereta api yang menghubungkannya dengan Perth dan Albany di selatan.

Sampai di bandar, kami parking kereta di hadapan sebuah bank. Tiada bayaran parking dikenakan.

Federal Hotel, bertentangan dengan sebuah bank.

Wednesday, July 22, 2015

Perth, Western Australia Pt 4 - Masjid Katanning

Pagi ini kami akan ke Katanning yang terletak lebih kurang 50 km dari Kojonup. Oleh kerana tempatnya tak begitu jauh jadi kami keluar agak lambat sikit. Lagipun tak banyak aktiviti hari ini. Cuma nak cuba berjumpa dengan orang Melayu tempatan dan bersiar-siar sekitar bandar Katanning.

Kabin yang besar siap dengan katil yang boleh menempatkan tujuh orang.

Wednesday, July 15, 2015

Kad Raya dari Blogger

Dah lama betul tak dapat kad raya sejak semua dah diambilalih teknologi cyber. Sekarang ni semua nak mudah. Hantar ucapan guna e-card. Tapi feelingnya memang tak sama. Tak dapat nak belek-belek dan biasanya hilang macam tu je.

Tapi tahun ni tiba-tiba dapat kad raya bukan satu tapi dua. Kad pertama dari blogger diva dalam hal travel dan juga JJCM. Siapa tak kenal DJ. Kalau dia buat review pasal makanan, memang merembes dibuatnya@ngences kata orang German.

Gaya seorang traveller tegar.

Tuesday, July 7, 2015

Perth, Western Australia Pt 3 - Busselton Jetty

Lepas lepak sekejap kat café di Magaret River Chocolate  Factory kami teruskan perjalanan ke Busselton Jetty. Hujan dah mula turun renyai-renyai. Keseluruhannya pada hari itu cuaca memang kurang baik. Jarak dari tempat ini di Metricup ke Busselton cuma lebih kurang 30 km saja.

Ladang anggur dalam perjalanan keluar dari tempat ini.

Monday, June 29, 2015

Perth, Western Australia Pt 2 - Cape Leeuwin dan Margaret River Chocolate Factory

Hari kedua di bumi kangaroo. Hari ini kami keluar agak awal sikit. Di Australia waktu ini hampir masuk ke musim sejuk, jadi siangnya agak pendek. Jam 5.30 petang hari dan mula gelap. Kalau berlengah payah nak mencari tempat penginapan nanti kerana kami akan ke Kojonup pada hari ini yang jaraknya lebih 300 km dari Augusta.

Sunrise di Augusta Escape, Augusta.

Sunday, June 21, 2015

Perth, Western Austrtalia Pt 1 - Dari Perth > Fremantle > Augusta

Percutian kali ini agak singkat. Cuma 6H5M saja walaupun banyak tempat yang boleh kita pergi. Jadi terpaksalah memilih salah satu tempat dan mengorbankan tempat yang lain.

Antara pilihan yang terpaksa dibuat ialah sama ada nak ke Cervantes atau ke Rottnest Island. Juga antara Albany dan Katanning. Akhirnya kami memilih untuk untuk ke Rottnest Island dan Katanning.
 
Kalau cuti panjang memang kalau boleh kami nak pergi ke semuanya.

Tempat-tempat lain di luar Perth yang sempat kami singgah ialah Fremantle, Mandurah, Busselton, Margaret River dan Augusta. Juga ke Caversham wildlife Park.

Penerbangan berlepas pada jam 12.05 pagi dan mengambil masa 5 jam 40 minit untuk ke Perth. Apa yang best, Perth dan Malaysia berada dalam satu zon waktu yang sama. Waktu subuhnya juga sama, cuma waktu maghribnya agak cepat iaitu pada jam 5.30 petang. Jadi pagi itu sempatlah kami menunaikan kewajipan dulu sebelum ke tempat kereta sewa.

Proses di imigresen dan kastam pun lancar. Yang penting istihar saja apa yang kita bawa. Semuanya tak ada masalah.  

Ada banyak kaunter kereta sewa di ruang ketibaan. Tapi kaunter kereta kami tiada di sini.

Sunday, June 14, 2015

Perth, Western Australia

Layan dulu sebahagian foto tempat-tempat yang sempat kami singgah.

 Bandaraya Perth

Tuesday, June 2, 2015

Rekreasi di Bukit Puchong

Ini adalah aktiviti ringan kami pada hujung minggu lepas iaitu mendaki Bukit Puchong. Bukit ini terletak di dalam kawasan hutan simpan Ayer Hitam, kira-kira lima kilometer dari rumah. Walaupun bukitnya tak tinggi mana, tapi berjam jugalah nak menghabiskan laluan sepusingan kat sini. Stamina memang hampeh...

Laluannya adalah turun naik kerana terdapat beberapa bukit di sini.. Sebenarnya hutan ini adalah kawasan larangan tapi ada kelonggaran asalkan tidak melakukan aktiviti yang merosakkan alam semulajadi di sini.

Lokasi Bukit Puchong, Hutan Simpan Ayer Hitam. X - Jalan Wawasan 5/1, Taman Wawasan, tempat parkir dan permulaan untuk mendaki.

Monday, May 25, 2015

Surabaya > Bromo Pt 8 - Air Terjun Madakaripura

Balik dari Bromo, barulah kita orang breakfast. Memang agak lambat sikit sebab singgah dulu ke beberapa tempat selepas turun dari Penanjakan. Banyak tenaga yang digunakan pagi tu. Jadi untuk cover balik, banyak kali kita orang makan bertambah. Semua orang buat macam tu jadi tak payah nak segan-segan.

Siap bersarapan, kami balik semula ke bilik sebab barang-barang belum berkemas lagi. Mula-mula ingat nak meronda-ronda dulu di sekitar kawasan ini. Supir beritahu kena keluar awal sikit sebab perjalanan ke Surabaya akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Cuaca pun dah mula mendung. 

Lagipun ada satu tempat lagi kami nak singgah iaitu air terjun Madakaripura.

Batu tanda ini baru siap kira-kira dua bulan semasa kita orang sampai di sana.

Monday, May 18, 2015

Surabaya > Bromo Pt 7 - Lava View Lodge, Cemoro Lawang

Sebelum meninggalkan Bromo, saya kongsikan sedikit gambaran mengenai tempat penginapan semasa di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru ini. Kedudukannya kira-kira lima kilometer untuk ke Penanjakan.

Anak panah menunjukkan lokasi Lava View Lodge. Betul-betul di tepi bukit. Lokasi yang sangat best kerana gunung Bromo dan Batok dapat dilihat dengan jelas dari sini.

Sunday, May 10, 2015

Surabaya > Bromo Pt 6 - Savana dan Pasir Berbisik

Bertuah bumi Bromo kerana dikurniakan dengan pelbagai bentuk muka bumi. Dari kawah Gunung Bromo yang sentiasa berasap ke padang rumput Savana dan Pasir Berbisik yang semuanya terletak berdekatan antara satu sama lain.

Dari Bromo pak supir terus bawa kami ke kawasan Savana dulu yang merupakan satu kawasan berumput yang biasanya banyak terdapat di negara Afrika. Tapi yang di sini tiada binatang liar macam di Afrika tu. Jadi tak perlu risau.

Sempadan?

Monday, May 4, 2015

Surabaya > Bromo Pt 5 - Gunung Bromo

Dari Penanjakan pak supir bawa kami ke kaki Gunung Bromo pula. Matahari pun sudah mula meninggi dan terasa perubahan suhu secara mendadak.

Jeep yang bawa kami berhenti agak jauh dari kaki gunung. Dari kawasan ini perjalanan mesti diteruskan sama ada dengan berjalan kaki atau menunggang kuda. Pakej yang kami ambil termasuk sekali aktiviti menunggang kuda.

Pak, kenapa jeepnya berhenti di sini, tidak di kaki gunung, tanya kami. Pak Supir jawab, di sini kami mengamalkan konsep berkongsi rezeki.

Maknanya dari tempat parkir jeep, trip seterusnya diambilalih oleh kuda pula. Agak jauh juga jaraknya, lebih dari satu kilometer.

Tempat terakhir jeep.

Sunday, April 26, 2015

Surabaya > Bromo Pt 4 - Sunrise di Penanjakan

Seawal jam empat pagi kami dah keluar. Di sini, melihat sunrise adalah salah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Suhu pagi itu sangatlah sejuk. Nasib baik ada orang yang menjual barang-barang yang boleh dijadikan penebat badan. Memang tidak menyangka suhu sesejuk itu pada waktu pagi di sana. Belilah juga sarung tangan yang berharga Rp10K sepasang. Agak murah.

Lainlah ada orang tu yang balik bercuti dari musim sejuk ekstrem di luar negara dan terus ke sana. Katanya biasa-biasa saja sejuknya. 

Sebelum tu nak beritahu bayaran masuk ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru ialah Rp267K untuk seorang. Elakkan datang ke sini pada waktu cuti kerana bayaran masuknya adalah hampir dua kali ganda. Sementara bayaran untuk sebuah jeep dan naik kuda untuk tiga orang ialah Rp165K.

Bagi yang nak bersolat ada di sediakan sebuah wakaf di Penanjakan. Sebaiknya siap berwuduk sekali sebelum keluar dari hotel.

Jeep yang digunakan untuk ke Penanjakan.

Tuesday, April 21, 2015

Surabaya > Bromo Pt 3 - Sekitar kota Malang dan Batu

Selepas sarapan pagi yang tak berapa memuaskan, kami terus check out. Alhamdulillah cuaca pagi ini sangat cerah. Hari ini pak supir akan bawa kami ke kota wisata Batu. Di kawasan kota Batu udaranya agak nyaman kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Di sini juga terdapat banyak taman tema dan tarikan lainnya. Antaranya ialah Jatim Park 1, Jatim Park 2, Batu Night Spectacular, Muzium Angkut, Pasar Apung, Zoo dan pusat pelancungan agro.

Dari yang banyak-banyak tu kami cuma masuk ke Kusuma Agrowisata saja. Yang lain-lainnya kami buat lintas hormat saja. Tapi kalau bawa anak-anak tempat ini memang agak sesuai untuk dilawati. Sebelumnya kami bercadang untuk masuk ke muzium angkut tapi bila nampak terlalu ramai warga tempatan yang berbaris nak masuk, terpaksa kami batalkan.

Bahagian hadapan Hotel Sahid Montana Dua, Kota Malang.

Tuesday, April 14, 2015

Surabaya > Bromo Pt 2 - Surabaya ke Malang

Pagi itu sebelum meneruskan perjalanan ke Malang, supir bawa kami meronda lagi ke beberapa tempat tarikan di sekitar kota Surabaya. Tempat pertama yang di singgahi ialah muzium rokok. Waktu masih agak awal jadi muzium pun masih belum dibuka. Kami semua memang tak berapa minat nak melawat apa-apa muzium pun. Kebetulan kami semuanya bukan perokok. Jadi kami cuma ambil foto di sekitar kawasan muzium ini saja.

Sampoerna - antara jenama rokok yang terkenal di Indonesia.

Wednesday, April 8, 2015

Surabaya > Bromo Pt 1 - Sekitar Surabaya

Trip Surabaya dan Bromo ini dirancang lebih kurang sebulan sebelum berlepas. Memang malas sangat nak buat research. Lebih-lebih lagi masa tu kena juga buat persediaan untuk trip ke Guangzhou. Jadi soal itinerary kami serahkan kepada pak supir untuk menguruskannya.

Lepas tu rasa macam panjang sangat tempoh di sana padahal tujuan utama kami cuma untuk bersiar sekitar Surabaya dan Bromo saja.

Dari empat orang yang nak pergi pada mulanya cuma tinggal tiga saja yang jadi pergi. Jadi kami pakat untuk ambil satu bilik saja dengan katil tambahan.
 
Rakan-rakan untuk trip kali ini.

Tuesday, March 31, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 8 - Window of the World dan pulang

Hari ini adalah hari terakhir trip kami. Penerbangan balik dari Shenzhen ialah pada jam 9.40 malam. Jadi ada masa yang agak panjang dan cukup untuk kami ke Window of the World.

Sebelum ke WOW kami check out hotel dulu. Oleh kerana beg yang agak banyak kami booking satu bilik untuk menyimpan beg-beg. Kalau letak di lobi memang agak menyemak. Lagipun sebelum bertolak ke airport kami oleh gunakan bilik tersebut untuk solat. Cuma perlu bayar setengah dari harga asal.

Ini adalah senarai harga tiket metro di Shenzhen iaitu diantara 2 hingga 7 yuan untuk ke stesyen yang paling dekat hingga yang paling jauh. (RM1.00 - RM3.50)

Tuesday, March 24, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 7 - Ke Shenzhen

Hari ini hari terakhir kami di Hong Kong.

Sekejap je macam touch and go. Tapi itu semua adalah kemahuan ahli rombongan. Janji dapat pergi banyak tempat dalam satu trip.

Jadi pagi tu sebelum ke Shenzhen, kami merayau-rayau tanpa haluan. Kira macam acara bebas. Ada yang nak menambah souvenir. Ada juga yang nak cari perfume. Lantaklah apa pun nak buat asalkan balik ke hotel sebelum 11.00 pagi. Check out hotel lewat sikit supaya ngam-ngam sampai di Shenzhen nanti terus boleh check in hotel di sana pula.

Tuesday, March 17, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 6 - Disneyland, The Peak dan Mongkok Night Market

Delay beberapa jam di Guangzhou menyebabkan itinerary yang disediakan tak dapat dipenuhi. Rancangan asal untuk hari ini ialah berjimba seharian di Seaworld. Tapi terpaksa dibatalkan kerana kami hendak ke beberapa tempat lain yang kami sepatutnya pergi semalam. Nasib baik tiket ke Seaworld tu kami tidak booking lebih awal.

Hari ini kami cuma nak ronda sekitar Disneyland, The Peak dan Mongkok night market. Agak susah nak cover banyak tempat kerana kumpulan kami agak ramai dan keupayaan berjalan sesetengah ahli rombongan yang agak terbatas.

Bila di Hong Kong jangan lupa beli Octopus Card iaitu kad prabayar untuk pengangkutan awam untuk memudahkan pergerakan. Harga minimum HK$150 saja untuk deposit dan nilai kad. Boleh refund bila nak keluar dari Hong Kong nanti jika berbaki.

Sunny Bay metro station.

Monday, March 9, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 5 - Berlepas ke Hong Kong

Hari ini adalah ketiga kami di bumi China. Pagi ini kami semua akan bergerak ke Hong Kong pula. Stesyen kereta api untuk ke Hong Kong ialah di Guangzhou East. Mulanya rasa nak ke sana dengan dengan metro saja tapi atas bantahan majoriti terpaksalah kami cari alternatif lain. Lagipun banyak beg besar yang perlu diangkut.

Jadi kami minta pekerja di kaunter carikan van. Terpaksalah ambil dua van sebab ahli jemaah kami yang ramai. Sampai di stesyen Guangzhou East pada jam 10.00 pagi. Ingat nak dapatkan tiket pada jam  sebelas pagi, jadi tak payah tunggu lama untuk check in hotel bila sampai di Hong Kong nanti. Jangkaan kami sangat meleset kerana tiket perjalanan untuk sebelah pagi semuanya sold out. 

Aduh... macam mana ni...

Dari pembacaan blog, ada yang cakap senang je nak dapat tiket. Tapi terlupa pulak yang hari itu adalah hari Sabtu. Sepatutnya tiket dibeli pada petang Jumaat iaitu sehari sebelumnya. Tiket yang kami dapat ialah pada jam 3.38 petang. Terpaksalah ambil juga sebab itulah cara paling mudah untuk ke sana. Melangutlah kami kat dalam stesyen tu. Itinerary pun lari.

Stesyen kereta api Guangzhou East.

Thursday, February 26, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 4 - Masjid Shabi Abi Waqas

Dari Yuexiu Park kami bercadang untuk ke Masjid Huaisheng yang terletak berhampiran stesyen metro Ximenkou. Di situ memang ada sebuah restoran makan halal yang memang kami dah siap-siap ada pelan lokasinya. Kalau tak ke restoran itu pun mungkin tak apa sebab hari itu adalah hari Jumaat dan biasanya ramai peniaga Islam akan berniaga di kawasan berhampiran masjid.

Sebaik keluar dari Yuexiu Park kami ternampak sebuah supermarket barangan halal betul-betul bertentangan dengan pintu masuk utama taman ini. Lepas tu nampak pula kepulan asap yang agak banyak dari kejauhan. Rupanya ada banyak gerai mambakar sate dan ayam di seberang sana. Tapi kami tak boleh melintas di situ kerana pembahagi jalannya berpagar. Jadi terpaksalah masuk semula ke stesyen metro untuk melintas. Sebelum datang ke sini memang kami tak tahu langsung adanya masjid tidak jauh dari taman ini. Jadi niat untuk ke Masjid Huaisheng langsung terbatal.

Pintu utama keluar masuk ke Yuexiu Park.

Monday, February 23, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 3 - Yuexiu Park

Pagi ini rancangan kami hendak bersiar-siar di Yuexiu Park. Tapi sebelum ke sana rancangan kami telah dipintas oleh salah seorang daripada kami. Katanya dia hendak mencari satu barang yang dikirim oleh kawannya. Sebelum tu puas dia bertanya di kaunter hotel dan orang yang dijumpainya. Member yang lain ada beritahu kat dia, kalau benda tu terjumpa kita belilah. Kalau tak jumpa tak payahlah susah-susah nak cari. Lagipun kita orang nak jalan-jalan saja, bukan nak menyoping sangat. Tetapi untuk tidak mengecewakan dia, kita orang ikutkan saja kehendaknya. Jadi sebelum ke Yuexiu Park kita orang terpaksa melencong dulu ke stesyen Sun Yat Sen University yang terletak di line 8.


Ramai orang yang mencari penumpang dengan menggunakan basikal kuasa bateri di luar stesyen Sun Yat Sen University.

Friday, February 13, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 2 - Pearl River Cruise

Selesai mengukur jalan dan mengisi perut di Beijing Lu, kami semua balik semula ke hotel. Musim sejuk ni jam 6.00 petang pun dah agak gelap. Malamnya kami keluar untuk ke Tianzi Wharf untuk menikmati suasana malam di Guangzhou dengan Pearl River cruise. Dekat je lokasinya dari hotel penginapan, kira-kira 10 minit berjalan kaki.
 
Harga tiketnya ialah 90 yuan untuk tempoh perjalanan lebih kurang sejam lebih pergi balik. Harga tiket termasuk minuman dan kacang untuk kudapan. Ada nombor meja pada tiket, jadi tak boleh duduk sembarangan. Kami dapat duduk di bahagian atas yang lebih terbuka pemandangannya.
 
Berbaris untuk membeli tiket. Alhamdulillah orang tak berapa ramai malam tu.

Friday, February 6, 2015

Surabaya > Bromo

Dalam posting kali ini saya akan menggunakan singkatan nama Mie sebagai PLM saja.

Kira-kira sepuluh hari selepas balik dari Guangzhou, PLM bersama dua orang rakan sekerja berlepas ke Surabaya pula. Kononnya sebagai misi Bromo. Rancangan asalnya adalah empat orang tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, jadi bertiga sajalah kami ke sana. Bila dah kurang ahli, jadinya kos pun bertambah terutama untuk pengangkutan.

Layan dulu sebahagian foto trip kali ini. Entry seterusnya menyusul selepas selesai posting Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen.

Tugu Surabaya.

Tuesday, January 27, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 1

Perjalanan

Agak awal group kami sampai di KLIA2. Selesai check in beg, ingat nak terus masuk ke kawasan berlepas. Tapi kaunter imigresen agak lambat operasinya. Lebih kurang jam 4 lebih baru dibuka.

Biasanya kami akan menggunakan autogate untuk melepasi kawasan imigresen. Tapi pagi tu sistemnya agak bermasalah. Hanya  beberapa orang saja yang terlepas.  Dua tiga orang dari group kami tersekat di dalam mesin autogate. Seorang dari ahli group kami yang kami panggil Kak Kiah membebel kat pegawai imigresen yang bertugas di luar kaunter di situ. Masalahnya kenapa tak ada juruteknik atau pegawai yang memantau operasi mesin autogate tu. Adalah dalam 15 minit dia orang terperangkap kat situ. Ada beberapa orang yang telah memanjat keluar. Macam mana kalau penerbangan kita hampir berlepas. Tak ke cemas dibuatnya. Nasib baik flight kami lambat lagi iaitu pada jam 5.30 pagi.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou.

Friday, January 23, 2015

Trip mengulang

Trip kali ini merupakan trip mengulang kecuali ke Guangzhou.  Mulanya kami cuma nak pergi empat orang sekeluarga ke Guangzhou dan pulang melalui Shenzhen. Tapi plan kami nak bercuti telah terbocor. Jadi ada beberapa orang lagi rakan sekerja telah menyatakan minat untuk menyertai trip ini. Pada saya tiada masalah, cuma dia orang mahu ke Hong Kong sekali. Jadi layan sajalah walaupun bajet akan bertambah bila kita masuk ke Hong Kong.

Layan dulu foto-foto yang sempat dirakam sementara menunggu mood memblog datang lagi.

 Di reject untuk menginap di sini walaupun sudah booking awal melalui Agoda.

Tuesday, January 13, 2015

Taiping > Kuala Kangsar > Ipoh

Kami cuma semalam saja di Perlis. Selepas check out pada jam 10.00 pagi tu, sempat lagi kami singgah di pusat bandar Arau untuk bersarapan lagi sebab tak kenyang makan di hotel. Selesai semuanya perjalanan pun diteruskan. Destinasinya ialah Taiping. 

Sampai di sana sedang elok untuk waktu makan tengah hari. Teringin pulak nak makan mee udang yang agak terkenal di Kuala Sepetang. Dengan menggunakan aplikasi Waze kami cari Warung Mak Jah yang agak terkenal tu. Senang saja nak jumpa lokasinya iaitu terletak di kiri jalan kira-kira dua kilometer sebelum pekan Kuala Sepetang.

Mee udang Mak Jah, sikit sangat mee nya. Agak mahal... RM13 semangkuk.

Tuesday, January 6, 2015

Perlis lagi

Bulan November dan Disember lalu ramai rakan blogger yang ada trip yang best-best. Bagi kita yang tak ada apa-apa rancangan ni, jalan-jalan kat dalam semenanjung pun jadilah.

Ini adalah trip pada awal bulan Disember yang lalu. Oleh kerana cuma ada tiga hari saja untuk ke utara, jadi kami bertolak agak awal iaitu pada jam 2.00 pagi. Dah tak ada nak singgah mana-mana kecuali berhenti pada waktu subuh di R&R. Perjalanan diteruskan dan keluar di tol Changlun. Agak lebih cepat untuk ke Perlis melalui lebuhraya Changlun Kuala Perlis berbanding ikut jalan lama Alor Setar. Sebelum ke Padang Besar, sempat singgah di UniMAP untuk mengambil anak yang akan pulang sempena cuti semesternya. 

Destinasi wajib bila ke Perlis.