Percutian kali ini hanya 5H4M, tapi banyak bandar yang ingin dijejaki. Hasilnya ada beberapa tempat menarik yang tak sempat kami pergi kerana asyik keluar masuk hotel. Kalau cuma tinggal di Jogja saja mungkin lain ceritanya.
Perjalanan hari itu agak lancar dan sampai di Lapangan Terbang Adisudjipto, Jogjakarta mengikut waktu. Pak supir yang di booking pun sudah sedia menunggu. Awal-awal lagi kami dah beritahu, jangan singgahkan kami di mana-mana candi kecuali Borobudur sahaja. Entah kenapa, tapi memang rasa kurang selesa untuk menatap binaan semacam tu. Pak supir kata lagi bagus sebab menyenangkan tugas dia. Oh ya Pak Supir kami bernama Nizam. Nama yang kurang unsur keJawaan, padahal Jawanya pekat sekali, suka speaking dan boleh berbahasa Melayu cara orang Malaysia. Memang terbaik...
Peta perjalanan untuk trip Jawa Tengah.