Hari kedua di Melbourne. Hari ini adalah dikhaskan sepenuhnya untuk join trip Great Ocean Road Tour. Perjalanan pergi balik keseluruhannya ialah 500 kilometer. Pakej untuk trip ini kami booking online melalui Melbourne Australian Tours (MAT). Harganya ialah AU$85 seorang termasuk disediakan minuman pagi semasa berehat di tepi pantai dan juga makan tengah hari. Agak mahal harganya tapi tak apa asalkan jangan congceng congceng sudahlah. Pembayarannya ialah secara tunai tetapi dengan jaminan kad kredit. Jika kita tidak muncul pada hari yang dijanjikan tanpa memberikan apa-apa notis barulah potongan dari kad kredit akan dilakukan.
Jam lapan pagi kita orang sudah diarahkan menunggu di depan hotel. Ada lapan orang yang menunggu di situ termasuk warga Indonesia dan India. Pemandu merangkap tour guide pada hari itu ialah Mr Neil yang berumur enam puluhan. Masih bertenaga dan cekap pemanduannya walaupun sudah agak berusia. Sambil memandu, dia akan menerangkan tempat-tempat yang dilalui di sepanjang perjalanan.
Laluan Great Ocean Road Tour