Monday, February 24, 2014

Batam Pt 2


Hari kedua di Batam kami bercadang untuk melawat ke beberapa tempat tarikan yang ada di sini. Mulanya kenderaan bersama supir sudahpun ditempah melalui batamtransport.com dengan harga SGD65. Keretanya  jenis Toyota Avanza dan cukup sesuai untuk kami sekeluarga. Tapi last minute cik wife kata adiknya yang seminggu lebih awal ke sana dapat kereta sewa yang lebih murah. Caranya ialah direct nego dengan supir yang berlegar-legar di kawasan hotel. Jadi pembatalan pun dibuat disaat akhir dengan WhatsApp kepada syarikat. Nasib baik diaorang tak marah-marah.

Memang senang nak cari supir kat sini. Cajnya pun lebih murah dan keretanya pun boleh tahan. Tapi bersedialah untuk bengang kalau tersalah pilih kerana ada diantaranya tak begitu cukup info tentang tempat-tempat menarik walaupun untuk pulau sekecil Batam tu. Wah masa nego tu bukan main lagi, cakap saja mana mau pergi diaorang boleh hantar. Tapi banyak yang ke laut jadinya. Kau nak murah sangat kan, jadi ambiklah.

Thursday, February 6, 2014

Batam Pt 1

Percutian pertama kami tahun ini ialah ke Pulau Batam yang terletak dalam Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. OK sedikit info mengenai provinsi ini. Dulunya ianya terletak dalam Provinsi Riau iaitu sebuah provinsi di Pulau Sumatra. Kemudiannya di wujudkan provinsi ke 32 yang dikenali sebagai Provinsi Kepulauan Riau. Provinsi ini meliputi pulau-pulau utama seperti Batam, Bintan, Karimun serta Pulau Anambas dan Natuna yang terletak jauh di Laut China Selatan.

Kepulauan Riau (Kepri) Provinsi ke 32 Indonesia