Cameron Highlands menjadi trip penutup kami untuk tahun 2013. Asyik trip keluar negara je, trip dalam negara di lupa jangan. Jadilah walau cuma ke CH saja kerana nak ber'winter' katanya. Awal pagi dah kena keluar kerana hari tu cuti Hari Krismas. Risau juga banyak kenderaan nanti. Perjalanan agak lancar pagi tu, sehingga nampak kenderaan di hadapan mula membrek. Masa tu kami sudah berada di kawasan antara Tapah dan Gopeng.
Pada mulanya nak ikut jalan Tapah untuk ke sana, tapi tukar disaat akhir untuk ikut jalan Simpang Pulai sebab jalannya kurang berliku dan lebar. Kami terperangkap dalam kesesakan sepanjang hampir sepuluh kilometer selama hampir dua jam. Kenderaan memang melekat dan tak bergerak langsung. Ada yang keluar dari kenderaan untuk merokok dan kencing kat tepi lebuhraya tu. Nak buat macam mana kan... dah tak tahan.
Terperangkap selama dua jam dan terpaksa keluar di plaza tol Gopeng sebab minyak dan tahap kritikal. Sepatutnya keluar di Simpang Pulai.