Thursday, April 18, 2013

Trip to Shanghai Pt 5 - Lujiazui dan China Art Museum

Hari ini kami kembali semula meronda kota Shanghai. Destinasi pertama kami ialah Lujiazui di kawasan Pudong. Kawasan ini  menempatkan beberapa bangunan pencakar langit antara yang tertinggi di dunia.
 
Kota Shanghai ini dibahagikan kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh Sungai Huangpu. Kawasan bandar lama dan bersejarah terletak di wilayah Puxi di bahagian barat dan kawasan pembangunan baru terletak di wilayah Pudong di bahagian timur. Antara bangunan terkenal yang terletak di sini ialah Jin Mao Tower dan Shanghai World Financial Tower. Di sini juga terletaknya Oriental Pearl Tower iaitu menara komunikasi untuk radio dan TV.
 
Cuaca pagi tu masih agak berjerebu dan pemandangan juga agak terhad. Tapi jika kita memandang ke arah bangunan tinggi nampak macam berkabus pulak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah naik ke aras pemandangan di Jin Mao Tower atau Oriental Pearl Tower.
 
Stesyen metro Lujiazui (line 2) Pudong.

Pilih sahaja arah mana nak pergi.

Bulatan di kawasan elevated pedestrian ini di hias indah sempena kedatangan musim bunga.

Pembahagi jalan juga di hias indah.

Untuk naik hingga ke upper globe Oriental Pearl Tower ini bayarannya ialah 120 yuan. Agak mahal dan dengan jarak pemandangan yang terhad rasanya tidak berbalui jika naik kearas pemandangannya. Tinggi menara ini ialah 468m.

Puncak menara hilang ditelan kabus. Bangunan di tengah yang sedang dalam pembinaan apabila siap kelak akan menjadi bangunan tertinggi di Shanghai. Bangunan itu ialah bangunan Shanghai Tower yang mempunyai 128 tingkat dengan ketinggian 632m.

Shanghai Ocean Aquarium. Tiket masuk 160 yuan.

Kawasan The Bund di seberang sungai Huangpu yang dapat dilihat dari sini.
 
Selepas penat mendongak dan melopong di sini kami meneruskan perjalanan hari ini untuk ke China Art Museum yang terletak di bekas tapak World Expo 2010 di kawasan Pudong. Tarikan utama di sini ialah China Pavilion yang dikekalkan bangunannya setelah expo selesai dan dijadikan muzium seni China. Semua pavilion dari negara lain sudah pun diruntuhkan.
 
The China pavilion at Expo 2010 in Shanghai, China, colloquially known as the Oriental Crown was the largest national pavilion at the Shanghai Expo and the largest display in the history of the World Expo. It was also the most expensive pavilion at the Shanghai Expo costing an estimated US$220 million. The pavilion showcases China’s illustrious civilisation and modern achievements by combining traditional and modern elements in its architecture, landscaping and exhibits. The pavilion was reopened on December 1, 2010 for the first time since the end of the Shanghai Expo and will continue to be open to the public until May 31, 2011 in the with the exhibits shown during the expo. Afterwards, the pavilion will be converted into a museum of Chinese culture and history.
 
Pavilion ini terletak betul-betul di sebelah stesyen metro Zhonghua-yishugong di line 8.
 
 
Senibinanya yang agak unik
 
China Art Museum, Shanghai.
 
Antara hasil seni yang terdapat di sini
 
Kawasan pameran yang sangat luas, masih banyak ruang yang masih boleh di isi.
 
Bagi peminat-peminat seni mungkin boleh menperuntukkan banyak masa di sini kerana ada pelbagai ruang hasil seni yang di letak mengikut tema. Walaubagaimanapun tingkat atas pavilion ini tidak dibuka kepada orang ramai. Masuk adalah percuma tapi menggunakan tiket khas yang boleh didapati daripada pengawal berhampiran pintu masuk. Kamera pun dibenarkan di bawa masuk, tidak seperti muzium lain yang lazimnya melarang penggunaan kamera.
 
Keluar dari ruang pameran kami terus ke sini iaitu kedai aiskrim Turkish style.
 
Penjual aiskrim yang berasal dari Turki. Macam-macam trick yang dilakukannya sebelum kita dapat aiskrim yang kita beli.
 
Aiskrim paling mahal pernah saya beli sebab tak perasan harganya dan terus order. Satu kun berharga 25 yuan (RM12.50). Hah ambik kau... Tapi memang sedap dan likat, tak seperti aiskrim biasa.
 
 
Selesai lawatan di sini kami cadang nak meronda di kawasan Yuyuan Garden lagi untuk mencari restoran China Muslim untuk makan tengahari.

14 comments:

  1. Cantiknya bentuk pokok yang telah di cantas berbentuk haiwan di pembahagi jalan tuh..

    En Mie pegi time Winter eh..tak best lah kan kalau berkabus..pemandangan terhad dan semua bangunan nampak mewah dan design yg menarik

    Baru nak kenal-kenal En Mie yg mana satu sekali muka bertepung heeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde mananya winter JM, dah nak masuk musim bunga, tapi masih sejuk jugalah...

      Tu lah ramai orang underestimate negara China ni, padahal kebanyakan bandarnya lebih advance dari bandar di negara kita...

      Tataulah mana datang tepung tu... hehe

      Delete
  2. Wah Mie pun melopong juga tengok bangunan-bangunan tinggi tu, ingatkan saya sorang sahaja :O

    Mahalnya aiskrim tu, tiket masuk ke aquarium tupun mahal...saya lalu depan je, tak masuk...

    Tentu Mie seronok mengembara bersama keluarga di Shanghai ni. Bertuahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa melopong di situ. Tapi orang tak heran pun sebab mereka pun sama...

      Tak taulah kenapa aiskrim tu mahal sangat. Semua tiket masuk di kawasan Lujiazui tu mahal-mahal belaka. Mungkin tempat elit...

      Memang best, tapi bukan semua ahli keluarga dapat turut serta. Mana yang tak ada komitmen je yang dapat ikut.

      Delete
    2. Samalah dengan saya, selalu tak cukup ahli keluarga yang dapat ikut. Itulah sebabnya kadang-kadang saya terpaksa solo.

      Art Museum itu saya lalu saja di depannya, tak masuk, sebab tak sempat.

      Cuaca nampaknya berjerebu tebal pada musim bunga, kan?

      Saya pun ada simpan gambar bangunan yang bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia tu. Nanti kalau dah siap, bolehlah kita tunjukkan bukti "sebelum & selepas".

      Delete
  3. Salam Mie..bukan main lagi seronok meredah cerok rantau ...macam kat kampong sendiri pulak ye...silap silap kalah orang lokal kan....nekcik pun suker stail gini..jalan jalan..lenggang lenggang..sesuker hati!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Nekcik kita dapat uruskan masa sendiri jika pergi cara ni dan tak terikat dengan jadual. Jimat pun boleh sampai 50% rasanya...

      Delete
    2. Saya pun suka gaya begini. Total freedom.

      Delete
  4. mahalnya aiskrim... mengalahkan magnum. kat korea pun ada jual aiskrim macam tu. penjual pun dari turki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ter order baru perasan harganya. Lain kali kena berhati-hati ni...

      Delete
  5. pavilion tu pakai paku tak mie? tengok susun atur macam tak pakai jer...menarik jugak...ala, biasalah tu, bila datang tempat orang, seronok-seronok terus lupa, hehe...bila dah beli baru nak fikir pasal harga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan tu mestilah tak pakai paku sebab dibuat dari concrete...

      Haah Orga, bila kat luar negara ni perasan macam orang kaya, semua main bayar je... hehe

      Delete
  6. Salam. Bila bro nak tunjuk muka ? Tak kan tepung memanjang. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam MKL... Ada juga yang tak bertepung,,, cubalah cari... hehe

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...