DAY 4
Hari ini kami tak ada apa-apa program kerana flight ialah pada jam 12 lebih. Jadi kami terpaksa bertolak ke airport pada jam 10 pagi. Sayang sekali kerana kalau ada masa kami nak pergi ke cable car yang merupakan tarikan terbaru di Hat Yai. Mungkin lain kali agaknya.
Lokasinya di Hat Yai Municipal Public Park kira-kira enam kilometer dari bandar. Jarak laluannya lebih dari setengah kilometer.
Jadi masa yang ada pagi tu kami meronda-ronda sekitar bandar setelah bersarapan pagi. Ada juga di antara kami yang masih lagi mencari barangan untuk di bawa balik.
Islamic Bank of Thailand
Deretan bangunan lama yang dijaga dengan baik.
Bangunan stesyen kereta api Hat Yai.
Tuktuk bandar Hat Yai.
Bas zaman Tuk Kaduk pun masih ada.
Jam 10.30 pagi kami bertolak ke airport dengan tuk-tuk. Nasib baik muat sebuah tuk-tuk untuk kami yang seramai tujuh orang. Tambangnya THB300 sahaja. Tapi kena tambah THB100 lagi sebagai caj untuk setiap kenderaan yang masuk ke kawasan lapangan terbang.
Seorang personaliti hiburan sedang melalui pemeriksaan imigresen.
Kebetulan kami duduk di bangku belakang sekali berhampiran tempat pemeriksaan imigresen. Pastu kitaorang ajak si Zizan Raja Lawak ni berfoto. OK je dia ni. Katanya ada shooting kat Hat Yai.
Flight hari itu agak penuh dengan sebahagian besarnya ialah orang Malaysia dan selamat kami sampai di LCCT sejam kemudiannya. Pada keseluruhannya trip kali ini agak meletihkan kerana banyak masa habis untuk perjalanan. Tempoh yang sebaiknya ialah 5H4M jika mahu ke Hat Yai dan Krabi dengan cara ini.