Sunday, August 26, 2012

Ronda-ronda Hari Raya 1433H

Raya tahun ini semua ahli keluarga di KL sepakat untuk berkunjung ke rumah abang ipar yang yang beraya di rumah barunya di Taman Kerubong Jaya, Melaka pada petang raya pertama. Banyak rumah yang masih belum diduduki dan suasananya agak lengang.


Sebahagian besar daripada cucu mertua yang berjumlah 17 orang adalah lelaki.

Rumah sebegini jika di kawasan Lembah Klang harganya boleh mencecah RM400K, tapi di Melaka masih boleh dibeli  dengan harga di bawah RM200K sahaja. Rumahnya mempunyai binaan yang agak luas dan rasanya tidak perlu untuk diubahsuai lagi.

Pada hari raya kedua baru kami sekeluarga bertolak ke Johor melalui jalan lama Melaka ke Muar dan Batu Pahat. Negeri Melaka ini antara negeri yang kaya dengan traffic light. Agak lama juga masa yang diambil untuk melepasi bandar Melaka. Antara foto-foto hari raya kami pada tahun ini.

Sempat singgah di Restoran Mee Bandung Muar yang sudah pun memulakan perniagaan walaupun baru Hari Raya kedua untuk makan tengah hari.

Sampai di Batu Pahat hampir tiga jam kemudian. Kesesakan di mana-mana.

Bergerak ke Rengit menuju rumah abang.

Keadaan jalan yang agak lengang sedikit kerana keluar beraya agak awal pagi pada Hari Raya ketiga.

Beraya sakan ke beberapa buah rumah saudara mara dan adik beradik. Pulang ke rumah sudah agak lewat malam.

Kami sekeluarga beraya di kampung untuk tempoh tiga hari sahaja. Balik ke KL pada Hari Raya keempat. Highway pun belum begitu sibuk. Selamat sampai tiga jam kemudian dan menyambung beraya di sini pula.

Friday, August 17, 2012

Salam Eidul Fitri

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri buat semua pengunjung blog ini.


Saya akan beraya di Selayang, Selangor dan pulang ke Batu Pahat, Johor pada Hari Raya kedua.