Kota Padang
Perjalanan diteruskan menuju ke Kota Padang yang mengambil masa lebih sejam dari Padang Panjang. Sampai di Kota Padang kami singgah makan tengah hari di Restoran Sederhana iaitu sebuah restoran masakan khusus Padang.

Satu perkara jika makan nasi padang di sini ialah kita akan dihidangkan dengan segala jenis lauk yang ada di restoran tersebut. Kadang-kadang boleh mencapai lebih dari sepuluh jenis lauk. Caj akan dikenakan bagi setiap lauk yang dimakan walaupun sedikit. Jadi kalau tidak mahu dicaj mahal jangan sentuh lauk-lauk yang kita rasa tidak perlu. Minuman yang dihidangkan biasanya ialah air teh tawar.
Ada sahabat blogger yang mencadangkan untuk mencuba makan sate Padang apabila ke sini. Jadi kami cuba memesan sedikit sate lembu. Memang berlainan sekali rasanya dari segi daging yang diperap dan kuahnya. Memang tidak kena langsung dengan selera semua ahli rombongan kami. Cukuplah merasa secucuk seorang.
Sate Minang
Kesan Gempa Bumi di Padang
Masa yang ada di Padang agak terhad kerana kami cuba untuk sampai di Bukittinggi sebelum waktu malam. Jadi kami meminta pemandu kami, Pak Bobi untuk membawa kami meronda-ronda sekitar kota Padang untuk melihat kesan-kesan runtuhan akibat gempa bumi yang berlaku pada tahun 2009. Gempa berskala 7.6 Richter ini berpusat 57 km barat laut bandar Pariaman pada kedalaman 71 km. Bandar Pariaman terletak kira-kira 60 km dari Padang.

Menurut pemandu kami, kesan kemusnahan akibat gempa bumi itu seakan mempunyai jaluran tersendiri. Ada sebaris bangunan yang musnah dengan teruk sedangkan bangunan bersetentang dengannya kelihatan seperti tidak terjejas langsung. Masa yang diambil agak panjang untuk membangunkan semula kota Padang seperti keadaan sebelum kejadian.